Ting..Ting...

Tuesday, September 28, 2010

My Simple Guest Book

Nie tengah tunggu bakal suami datang ambik keja..ingat post   " 3 hARI lAGI "
last post tapi ade mase terluang nie update lagi lah blog ya...


Fia nak kongsikan guest book yang fia diy sendiri.. sebenarnya takde idea dan mase suntuk kan.. lagi pun buku dah mmg cantik colour dia...bahan-bahan yang fia gunakan semua yang mudah cari..fia gunakan reben besar (purple) , reben kecil (putih) dan kerongsang...
mudahkan barang -barang dia....so ini  hasilnya hehehe...
.tak lah berapa comei but its nice to mee








Lagi 3 Hari..


Salam semua...

nie last post before wedding fia mayby..
petang nie dah OTW balik kuantan...
pasti perjalanan amat memenatkan
hari nie satu hari fia habiskan kerja,,
fail banyak nya masuk coz fia kata pada anak buah ..
"lepas lunch tak nak fail"
hbs diorang pulung sblm lunch aduhai....


petang tadi fia berjumpa dengan kak durra dari artchetak.blogspot.com...
coz fia order tag TQ
kak durra hantar ke ofc lagi..tq so much dan hasilnya sangat cantik..
nanti fia upload pic tag tq ...pada kawan-kawan blogger fia sekali lagi jemput ke majlis fia ya
majlis fia simple je.. what i story itulah kenyataan nya..
dan jangan lah expect tinggi sangat ya hehehe..
coz setiap bride to be ingin kan majlis yang indah seperti dalam impiannya yang dari kecil...
kita boleh laksanakannya tetapi jika ade sesuatu yang tidak dapat ditunaikan
jangan lah sedih dan jaganlah gusar kerana di sebaliknya itu ade keindahan lain
dan belajar redha dengan ape yang berlaku.. fia selalu ingat kan diri


" saya bukan lah seorang yang perfect girl so jgn lah terlalu inginkan semua perkara perfect" 



Sampai di sini sahaja celoteh fia...
salam sayang untuk semua.. love u all.....


Monday, September 27, 2010

Cupcake Hantaran


Selalunya dalam hantaran mesti kena ade manisan tidak kira kek atau kuih...Ia sebagai simbolok kemanisan di dalam perkahwinan ..itu org tua-tua kata lah...untuk hantaran fia plan nak bagi cupcake sb ia lebih mudah dan senang nak deco-deco...


Di kuantan kalau nak tempah di kedai susah sikit sb tak banyak kedai yang boleh buat..dan perhantaran tak buat..fia nak ade perhantran so tak susah kita nak pergi ambik.. Time  godik-godik google  jumpa beberapa vendor cupcake di kuantan dan fia dah berkenan dekat 1 blog yang dimiliki oleh cik syafa,


fia call terus untuk pertanyaan dan cik syafa melayan dengan ramah buat i tetambat hati nak order..betul org kate "communication skill " penting...



nie cupcake yang fia dah order..jumaat nie sampai la kat umah ....



Fia order sekali dengan delivery lagi..yipi suke..suke.. tq ya cik syafa....
nice meet u....pada bride di kuantan boleh lah jenguk-jenguk....

Sunday, September 26, 2010

Bunga DIP OTW Siap

Untuk Majlis Bersanding saya plan nak guna bunga dip sebagai peganti bunga telor
coz sy suka sangat bunga dip coz iA unik and comei sangat...yang penting shining.. pling..pling...
so sy mintak tolong kakak ipar saya untuk buatkan..coz dia keje di kedai hantaran so bab buat hantaran kira tere la walau umur dia masih muda tau....


saya pilih 2 colour iaitu soft purple and green...mula2 kena bentukkan dawai dulu menjadi kelopak bunga lepas siap..baru lah celup dalam cecair yang  apabila keras ia menjadi kelopak dip..masa nak celup suhu dia adalah suhu bilik.. tak boleh berangin..dan tak boleh ganaz2 buat.. kena penuh kelembutan aduhai..yang nie sy buat bab-bab mencelup sb senang je...yang susah nak cantumkannya..



YANG DAH SIAP CELUP...


nie buat mase cuti raye..walau badan lemah Ku gagahi jua huhuhu....nanti kita tgk hasilnya ya...sukenya wing..wing...






50% SIAP

DIY Budget Centerpieces

Dengan mase yang tinggal beberapa hari sebelum
wedding,  fia pun try diy centerpieces untuk
meja rombongan lelaki . Jum kita layan je....
heheheh




Item yang diperlukan :

1. Gelas yang tinggi 10 cm
2. Bunga Plastik yang boleh dibeli 3 Kuntum RM 10
(ambik 2 tone warna)
3. Aksesori bunga 3 Kuntum RM 10
4. Reben
5. Pembalut Hijau (untuk ikat bunga)
6. Daun mempelam jiran (jgn tekejut)



Cara-cara nak diy :

1. Ambil 2 kuntum bunga berlainan warna cantunkan

2. Ambil aksesori purple cantumkan biar jadi sejambak bunga

3. Lilit dengan pembalut hijau untk nampak kemas.

4. Lilitkan reben untuk nampak lebih comei

5. Ambil daun panjang like daun mempelam gulung menjadi bulat.
6. Stapler untuk kemaskan daun dan masukkan ke dalam cawan...


 



7. Dah siap selamat mencuba....

Saturday, September 25, 2010

Undangan Majlis Perkahwinan Fia

Salam semua,

dah lama fia tak update blog dah berhabuk mujur tak berkulat..
sebenarnya fia baru baik demam..
dah 2 minggu demam...suara still serak mcm ella
mmg fia banyak cuti skrg sebab sakit


pasal persiapan wedding nanti fia update ya....
disini fia nak menjemput kawan2
ke majlis perkahwinan fia
pada 2hb Oktober 2010
di taman tas, kuantan
maaf fia tak sempat nak pos kad pada kawan-kawan
yang bagi email..
fia harap undangan ini sebagai wakil





Jemput datang ya kawan-kawan












my map insyallah tak sesat...

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Salam untuk semua
to all blogger, B2B, be a bride
fia di sini ingin memohon maaf
zahir dan batin seandainya
semasa di alam maya nie fia ade
 terkasar bahasa dan terkomen kurang enak
harap dimaafkan..


DAN


pada yang nak balik kampung berhati2 drive ya
biar lambat asal selamat ya..ingat ramai blogger tengah darah manis
fia harap kita akan berjumpa lagi selapas hari raya ini..
untuk kongsi kisah kita bersama


love u all


SELAMAT HARI
RAYA

Signboard Wedding

Dihujung bulan ramadhan nie semua mood nak raya je kan..
kat ofc nie dah sunyi sangat ramai dah balik bercuti tinggal orang KL dan yang kampung dekat-dekat je...
fia pun dah get ready nak balik kuantan dah petang nie......

alamak !!!!

barang tak kemas lagi.....fia dah 3 hari demam...demam petang sampai ke malam sampai
 tido kena selimut + toto dasyat kan...sampai budak ofc kata demam org nak kawin..
suke betul mengusik tau..yang kelakarnya..
tukang usik tu pun nak kawin gak lepas raya nie...hehehe


Tadi ms tgh tengok picture kat google baru teringat yang penunjuk arah belum buat,  apa lagi main deko-deko lah hahaha...so ini lah hasilnya ..kira ok lah last minutes punya keje kan..nanti balik kuantan just print je..cari kayu untuk cucuk dan letak bungga mangga ..dah comey kan hehehe






sila pusing ke kiri ya tetamu




sila pusing ke kanan ya tetamu



jalan terus ya tetamu


Monday, September 6, 2010

I pRESEnt mY BridesMaid....Drum..Drum....Drum

Selamat Hari Isnin
hari pertama setiap minggu
dan hari pertama kita mula kerja
so marilah kita bekerja dengan ikhlas dan gembira



Kali nie fia nak present My Bridesmaid
tada...tada..tada...
semuanya 8 orang gadis2 yang ayu dan single lagi
wah ramai nya ????





Al-Kisah
8 orang girl nie sebenarnya adik2 junior dan 1 orang roomate mase belajar di polisas..
masa tu sy jadi ketua blok, sy dan adik-adik yang 7 orang nie duk satu floor dengan fia
so kami makin lama makin rapat , and u all nak tau diorang nie ade nama club tau


KONGRES 8
(mean 8 org ahli)


 
fia and my roomate "ika" sebagai pemudahcara je lah, if ade ape2 masalah dari segi study dan personal,
mereka kan adik-adik so perlukan seseorang utk bagi nasihat lagi-lagi duduk jauh dari family..
hubungan dengan diorang tak pernah terputus sebab walau jauh di mata dekat di hati..




Mula-mula fia just tanya diorang nak tak jadi bridesmaid ..alah pegang-pegang hantaran and tolong ape-ape yang patut..diorang terus setuju dan lagi best siap buat baju same tanpa sponcer dari fia..wing..wing...fia just sediakan tempat tinggal untuk diorang
alamaknya gamat lah majlis fia
maklum lah mereka semua nie kecoh lagi2 klu main lawan bercakap sesame mereka hehehe..
tapi itulah yang best kemeriahan..
fia harap semua nya berjalan lancar..tinggal beberapa hari je lagi...





dari kiri belakang : yuni, yana, ika, gee jepun,
dari kiri depan : nad,gee wiper, hajar, fia, huda


masa nie semua kurus-kurus comel-comel belaka...
love u all
muah..muah..muah...


Friday, September 3, 2010

Honeymoon Comfirm ! ! ! ! ! !

Tadi En.Tunang call ring..ring telefon berbunyi suruh tgk satu laman web nie...Wah..cantiknya view dia ..Sebenarnya pasal honeymoon nie fia dan en. tunang dah berbincang dari bulan lepas dan dah decide ke negeri di bawah bayu..
 sarawak @ sabah
(tu kawan-kawan teka la ye heheheh..)

Pakej dia kira berpatutan sebab rasenya kami inginkan percutian yang menenagkan  jauh dari kesibukan kota...kami akan pergi honeymoon selepas 3 hari majlis kawin dibelah fia coz cuti fia tak banyak dan en. tunang tak boleh cuti lamakerana tuntutan kerja dan study dia so cuti kawin merangkap sekali cuti honeymoon (2 in 1) . Oleh sebab tu jugak la fia buat preparation awal2 semua supaya senang..belah sambut menantu pun en. tunang buat mcm tu dan guna khidmat catering supaya family tak penat...sebab klu boleh nak semua happy bukan kepenatan...betul tak..



suke design bedroom nie



chalet di kaki bukit..mesti sejuk kan..fia plan nak ke honeymoon di pantai tapi kat semenanjung pun dah selalu pergi pantai so kita tukar arah sikit....lagi pun pakej nie dibiayai oleh MyUcuk..saya just tong-tong sikit je...hope this place tak full book lagi...


pemandangan yang sejuk mata memandang...
tak sabar nak pergi...

Officially Kad Kawin Cik Fia & MyUcuk Siap.

Salam Jumaat to all blogger semua

Diharapkan pada hari-hari terakhir nie kita same2 mendapat keberkatan ramadhan..actually fia frust sikit sebab tak dapat pergi solat tarawih sebab lampu merah ..huhuhu...Tapi takpalah sebab perkara tak dapat dielakkan betul ta..  (pujuk diri nie tau)

Fia nak cita pasal kad tawin (malu-malu kucing lak) balik dari kampung selasa lepas ..dapat call dari LH Creative yang beritahu kad kawin dah siap..kebetulan dah otw balik terus singgah la...Sukenya !!!!! kad kawin fia ambik masa dalam  2 minggu  je order kad kawin..sanggat effectif  service dia (nie puji-puji tak dapat komisen ke hahaha) So arrive terus jumpa gurl yang entertain kami hari tu...

Kami tunggu 15 minit sebab kad kawin ade kat kilang dia...so yang dinanti telah tiba...wah suke-suke sebab warna kesukaan fia katakan...kami pilih design yang sama bagi majlis belah pia dan sambut menantu cuma colour sahaja yang berbeza (tapi fia suka jugak warna belah MyUcuk hijau pucuk pisang tapi tak sempat nak snap..next time ya )


inilah dia card wedding fia (mesti kawan2 tak suka sebab tak nampak kan.) nanti fia upload yang betul-betul ya..fia nak siapkan kad nie baru upload ya girl-girl jgn mare....



nie bunder yang diorang ikat ...satu bundle ade 100 keping dan ade extra tau sebanyak 35 keping untuk fia dan MyUcuk baik hatinya mereka...muah..muah..sayang lah...



Nama kedua-dua mempelai telah ternoktah di kad undangan
hanya meniti hari je...





nie isi di dalamnya..fia pilih yang 2 slide senang orang nak tgk kan...fia plan nak letak reben nampak kiut sikit kan...fia tgh pikir nak bagi kad kawin kat orang berapa minggu sebelum kawin ya???? sape yang tau meh la kongsi dgn fia ya...sesiapa yang sudi nak datang majlis fia nanti bagi email ya...sekarang fia tgh nak plan tag kad kawin kat fb ..tu pun salah satu menjimatkan kad kawin..ahahahha (gelak nakal)




nie sampul surat saya yang tertera nama saya dan en.tunang
simple and nice (F.O.C katakan)

Thursday, September 2, 2010

DIY Bekas Hantaran

Akhirnya  fia sempat juga nak berceloteh pasal bekas hantaran hehehe...before nie tak sempat nak bercerita sebab my designer nun berada di Kuantan so jumpa jarang-jarang la...Alhamdulilah balik minggu lepas dapat juga berdua muka walau sebentar sebab masing nak menyiapkan juadah berbuka puasa..

Saya nak introduce





 My Designer

Kak Dah
 (bertudung coklat)
yang tudung purple tu ignore je ya hehehe..



Kak Dah nie isteri kepada sepupu saya yang bernama Sharji Khan..mereka dah kawin dalam 5 tahun dan semua persiapan wedding dia...semua dibuat sendiri dari hantaran, kad kawin  hingga kosaj...sungguh gigih kan..she very creative..Dan Kak Dah seorang surirumah sepenuh masa dan menjaga 3 orang anak-anak kesayangan dgn pelbagai gelagat ....(kanak-kanak katakan) . Oleh kerna itu fia sangat-sangat yakin untuk meminta kak dah menjadi designer untuk hantaran fia ....


Untuk hantaran saya Kak Dah menggunakan kristal dan mensponserkan bekas hantaran .wing..wing...sukenya ade orang sponser (b2b lain mesti suka klu bab2 sponserkan). So mase jumpa Kak Dah hari tu dia bawak 1 sample bekas hantaran yang dah di dekorasikan.



Inilah bunga kristal yang Kak dah dah buat...gabungan soft purple, krim,white and silver..mase mula2 tgk suke sangat lagi-lagi kena cahaya lampu..sungguh meriah..fia kata pada Kak Dah yang fia tak expect cantik mcm nie..sebab fia mmg suka warna yang soft..nie belum letak barang hantaran dan baru 70% siap..Kita nantikan bila semua 11 dulang siap ya...





And Kak Dah minta saya dan adik untuk bantu melilit kristal sebab baby Darwish masih kecil jadi Kak Dah tak menang tangan..Jadi selepas berbuka puasa fia dan adik melilit kristal  nie sambil borak-borak..tiba-tiba perasaan fia berdebar..dalam hati berkata " sudah dekat majlis perkahwinan ku " fia cakap dekat adik dia senyum je...tapi nie mmg sindrom org nak kawin pun ..hehehe fia ignore je lah...terus sambung memintal kristal dengan dawai...




Sambil melayan cita hindustan kat Astro B4U dan mama sibuk menjahit langsir raya..akhirnya siap pun...esoknya fia call Kak Dah untuk memberitahu kristal dah siap..Update Diy bekas hantaran akan bersambung lagi ya...bila fia balik raya nanti...


DIY Bridesmaid Flower

Salam semua...

Last week fia balik kuantan nak uruskan tentang borang nikah..tapi masih belum settle lagi bahagian MuUcuk pulak yang siap dulu..ayayai...Time di kampung, fia sempat berjalan2 di bandar cuci mata ...Singgah kat small garden..if blogger b2b yang asal dari kuantan diorang mesti tau punya sebab Kedai Small Garden nie famous untuk bakal ratu sehari ..


Di kedai tu menjual pelbagai barang dan aksesori untuk majlis perkahwinan dan event lain-lain..fia suka pergi kat sini sebab first  staf dia friendly and tak lokek berkongsi cara membuat hantaran dan gift.. but as usually barang dia ade yang mahal dan murah so kena pandai-pandai pilih...



fia terjumpa bunga tulip yang iras sama dengan bunga sebenar ..mata dah tak nak pandang yang lain..dalam hati berkata " memang sesuai untuk kawan-kawan yang jadi bridesmaid "


coz fia mmg nak bagi something ole-ole untuk mereka..so tanya staf tu berapa harga dia kata RM 29.90 untuk sedozen ..ok boleh tahan harganya...so fia explain ape yang fia nak dan dia sudi ajar fia...so fia pun beli dan try DIY....




nie bunga yang di beli at Small Garden..
gabungan 2 warna purple and light pink




cantik kan batang dia...



bahan-bahannya untuk 8 bridesmaid:

1. 2 tone flower (2 dozen)

2. daun kecik-kecik (2 ikat)

3. bunga lavender (3 ikat)

4. reben purple (tebal)

5. reben soft purple (nipis)

6. gam tembak

7. getah









Cara-Cara Diy  :

1. potongkan batang bunga ikut keinginan kita

2. gabungankan 2 bunga purple dan 1 bunga pink

3. ambik 2 bunga lavender letak disisi bunga

4. tambahkan daun hijau di mana2 tempat yang kosong

5. Selepas dah susun, ikat dengan getah untuk senang kita lilit dengan reben

6. gamkan hujung reben tebal di batang bunga dan lilit ikut panjang mana
 (fia buat tgh je sb nak nampakkan batang bunga )

7. Selesai lilit, gamkan di batang bunga dan kemaskan.

8. ambil reben tebal dan nipis bentuk kan reben dan tampal di bawah bunga tersebut (fia buat satu shj reben..klu nak buat lebih pun ok je)




Tada inilah hasilnya



Wednesday, September 1, 2010

Hantaran Nikah..Pling..Pling

Hai girl-girl semua..fia harap semua sihat dan happy selalu...Alhamdulilah hantaran untuk nikah dah settle if u all dah bace entry before nie majlis berbuka puasa teja weatland.. Selepas berbuka puasa dengan kawan-kawan  Fia dan En. Tunang  ke Alamanda untuk membeli barang kemas untuk majlis nikah kami..Fia mula-mula keberatan gak nak beli kat Alamanda Putrajaya nie sebab sale dia mcm tak sale je..

First Kedai kitaorang singgah di Kedai Emas Tomei..wah cantik design dia...fia suka kan design yang simple dan latest...(lagi pun fia kurang minat pakai emas)Kat kedai tu mcm-mcm design ada..berbelit,berpintal,bulat dan bujur.. Fia ade berkenan kat satu gelang nie cantik sangat emas putih dan emas merah bergabung (mcm lagu stacy dan adam hehe) ....Cakap dekat My Ucuk..dia kate pun ok tapi kita survey dulu..






Jalan-jalan lagi kat area tengah ade promosi  Habib Jewel  lak..mula2 tak nak masuk sebab takut mahal kan...Tapi nak tengok heheh so kitaorang pun round-round lah sampai kat tempat gelang wah Pling..Pling..Pling memancar kekilauan gelang emas tu...Sy pun stop kat situ nak tgk and person yang layan kitaorg namanya En. Azhar ...very nice person coz bila kita tanya pasal emas laju je mulut dia berkata-kata mayby sebab baru bebuka kut (fia ckp dlm hati je tau)

Fia kate tgk2 dulu sebenarnya dah berkenan kat satu gelang nie and ambik try..MyUcuk pun suka but Fia nak berhati-hati membeli emas...En. Azhar tu tak memaksa fia untuk membeli dia siap cakap mcm nie lagi "sebelum beli fikir dulu dan buat lah pilihan dulu sebab klu beli tapi hati dah teringat kat gelang lain rugi je beli sebab nanti mesti fia tak pakai" so fia decide untuk berbincang ..main congak tambah..fia nak yang Habib (mmg perangai fia pun klu dah nak mmg tak pandang y lain hahah)..Siap dapat diskaun lagi wah seronoknya...


Inilah hasilnya..wing..wing..


Cincin untuk MyUcuk pun dapat jugak..dia tak suka cincin yang ada batu permata like delima dll..En. Tunang pun suka design yang simple yang paling penting dia pakai pas kawin (sb ramai lelaki pas kawin tak pakai cincin kawin ..kenapa ya???) Syukur plan mencari hantaran nikah selesai dan bila tunjuk kat family semua suka ..yepi..yepi..yepi....



cantiknya crown nie...nt tanya makandam ade tak...
hahaha demand lak fia nie...

Berinai Haram @ Harus

Fia rase entry nie mesti famous bagi B2B coz banyak sangat mazhab tentang pemakaian inai bagi wanita muslim...Ada yang kata haram ..ada yang kata harus..fia pun tak terkecuali keliru tentang perkara inai..sebab masa kecik fia and adik suka jugak pakai inai tapi adik lagi suka siap lukis2 bunga pada kaki and tangan klu dia keboringan .....masa tu kami rase ia perkara biasa berinai sb inai nie subjektif penggunaannya..


Oleh kerana takut berinai menjadi dosa apabila kita memakainya, saya pun mencari info di laman sesawang-sesawang yang ada di web dan ini hasilnya..mari kita bace bersama...




• Hukum memakai inai bagi wanita


Diriwayatkan dari Aishah RA. Bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: “Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (hadith riwayat abu dawud)


 
Jadi, inai adalah sejenis pewarna yang boleh di pakai oleh wanita pada bila-bila masa. Dan Baginda Rasulullah SAW menyatakan bahawa pemakaian inai adalah untuk membezakan tangan seorang lelaki dengan wanita. Tapi saya ada terbaca, diharamkan memakai inai bagi wanita dalam idah yang kematian suami (tak pernah tahu sebelum ni).



• Hukum memakai inai bagi pengantin lelaki

Diharuskan. Sebab ia merupakan sebahagian daripada adat perkahwinan Melayu yang tidak bertentangan dengan hukum Syara’

Namun,

terdapat riwayat menyatakan :

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dgn henna (inai) dibawa ke hadapan rasulullah. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: “Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita.” Lalu lelaki itu dihalau dari al-baqi’ (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.a.w: “Kenapa dia tidak dibunuh?” Lalu baginda S.A.W bersabda: “Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang.” (Diriwayatkan oleh ABu Dawud, Sahih Al-Jaami’, 2502)




***Hukum memakai melukis inai pada kulit kaki dan tangan bagi pengantin***

Ada banyak pendapat.

Pernah JAKIM menyatakan bahawa hukumnya HARAM dan dilaknat Allah. Alasan : Ia menyerupai tatu dan ada ketikanya, dibuat oleh pengantin bagi tujuan bermegah-megah.

Ada berpendapat, ia diharuskan selagi tidak menyerupai corak hidupan.

Mazhab Hanbali

berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan utk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala samada kepada lelaki ataupun perempuan.



Mazhab syafie

pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada mana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya. Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal2 perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.

Imam An-nawawi Rh dalam fatwa al-majmu’

berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.


Mazhab Hanafi dan Maliki

lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.

Ini diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya bahawa Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah, “Jangan memakai sebarang wangian ketika kamu berada dlm ihram. Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian.” (Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma?rifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam At-tamheed)






Latest info yang saya dapat dari lawan web jakim mengenai :

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:


1.Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

 
2.Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

3.Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.


So selepas membaca info diatas ape pendapat kawan2 semua..
sy nie diawangan dah nie..nak lukis ke tak kat tangan
sebabnya dijari mmg saya pakai yang tu saya yakin
cuma yang nak lukis bunga nie sedikit keliru
.????