Burung puyuh dalam jebak;
Wahailah adik bride to be,
Pandaikah cik adik masak-memasak?
Masak !!!!!!!!!!!!!
soalan yang paling paveret di tanya oleh makcik2 office a.k.a busybody, ibu tercinta dan tunang bila dah plan nak berkahwin. Selalunya kalau gadis-gadis yang pandai masak je boleh kahwin yang tak pandai tu, mak akan kata belajar dulu masak nanti nak bagi laki mu makang gapo (loghat terengganu) makang pasir ko!!!!...
Amacam bride to be rase tercabar atau rase nak bertukar jadi sailormon tak bila ade orang pertikaikan diri kita pandai ke masak or tidak....Mesti geram kan...see my hand lah (dalam hati cakap). Fia rase mana-mana gadis pun mesti tau masak secara amnya..tapi untuk mencari yang tere masak ala-ala Datuk Chef Wan amat jarang-jarang nak jumpa.fia bukan lah pandai sangat masak setakat simple-simple tu boleh lah kan untuk makan sendiri and untuk family...Fia pun masih dalam proses belajar memasak sebab malaysia nie kaya dengan masakan pelbagai juadah...
Ade juga kawan-kawan fia yang risau bila kahwin nanti kena masak sebab mereka kurang cekap di dapur..lagi-lagi bila time majlis bertandang @sambut menantu rumah mertua. mesti hari pertama kita kena masak kan....fia lucky sebab mak mertua sangat sporting and suruh rest je.......... katanya lepas kenduri mesti penat yepi..yepi...tapi ade jugak mak mertua yang nak try masakan menantunya...so fia rase before kahwin elok lah kita belajar masak beberapa menu yang simple...manalah tau kan.... kita kena masak ..nanti rase segan pulak bila kata "Saya tak tau nak masak" ....... teng..teng....
Menu yang fia cadangkan untuk belajar, like goreng ikan/ayam, masak tumis, lauk gulai like masak lemak cili api, kari ayam,tomyam , untuk nasi pulak first kena lah pandai masak nasi tau...tapi kadang-kadang bila time di rumah orang kita jadi blur sebabnya, banyak persoalan dalam diri .... "buat mcm nie nanti kata salah"...lain orang lain cara masaknya, walau menu yang sama..berbalik pada menu masakan nasi fia rase cukup lah kalau pandai masak nasi lemak atau nasi ayam...benda mudah kan..Nak cari resepi ??? mudah sangat sekarang nie...kat laman internat dah banyak blog -blog yang kongsi resepi dan buku-buku resepi di kedai buku. Fia pun rajin ke laman web resepi untuk tahu resepi terbaru , antara blog fia suka singgah MyResepi dan Makcik Manggis.
Sebagai gadis and bride kita jangan segan silu bertanya pada ibu dan ibu mertua resepi-resepi masakan sebab mereka sangat suke berkongsi pada kita dan resepi mereka memang terbaik punya ...lagi-lagi kalau kata nak belajar masakan suami kita @anak ibu mentua ku..confirm mereka ajarnya....
Sebenar-benarnya apabila kita melangkah ke alam perkahwinan dengan automatic kita akan pandai masak dari hanya tahu masa air hingga masakan ala-ala hotel gitu sebab diri sendiri akan kata yang kita nak belajar masak sebab nak bagi suami kita makan yang sedap dan apabila suami memuji masakan lagi..hati kita akan lagi berkobar-kobar nak masak. PERCAYALAH.........
Kepada bride and anak gadis jangan gusar kalau anda tidak pandai memasak sebab memasak adalah kemahiran , sesiapa pun boleh melakukannya.Chayok..Chayok...