Ting..Ting...

Thursday, December 13, 2012

1 Tahun 4 Bln...

Assalamualaikum...

Masih ada yang ingat kat Fia ke..


Amboi..amboi..!!! ingat awak tu artis ke....gurau je kawan-kawan blogger..
lama sungguh fia tak berblog..rindu mmg rindu sangat
tapi kerana masa dan keadaan yang tak mengizinkan fia tak dapat continue..

but..but..but...

fia tetap pembaca blogger tegar...masih membaca blog-blog kawan like blog Aty- Aku Bukan Bidadari , Puan Sue dan lain2 blogger lagi...
So apa yang berlaku sepanjang peninggalan blog nie...


macam - macam ada.., dan ini mungkin ini sebab utamanya ....

Jeng..Jeng...Jeng....




My Litttle One - Tsaqif Irfan



Akan bersambung ya....



Thursday, August 18, 2011

Apabila Puan fia menjadi Tokey Kerepek...

Salam Ramadhan Semua..

Sekejapnya berlalu dah 18 Ramadhan..time nie semua orang sibuk-sibuk nak bershoping dan buat event majlis berbuka puasa bersama kawan-kawan atau dengan organisasi.. Pilihan fia untuk berbuka puasa adalah buffet coz mcm2 boleh rase....


Di bulan ramadhan nie juga ramailah yang menambah rezeki. Macam-macam perniagaan dijalankan seperti jual baju raya, kuih raya, perabot raya, kasut raya dan lain-lain.Yang berniaga nie pun bukannya orang biasa sahaja artis-artis pun ade macam didie alias dan  erra fazira.


Fia pun ambil peluang dibulan ramadhan  untuk berniaga, Fia jual kerepek-kerepek raya ..pelbagai kerepek fia jual like pisang tanduk manis, kerepek ubi masin, opak kari, ubi BBQ,ubi jejari, kerepek kacang dal dan lain-lain.  Jualan fia bukanlah di bazar atau di shoping complex...fia just buat business kecil-kecilan ambil order di office fia and hubby je...



Kalau nak di ikutkan minat berniaga dah lama sejak kecik lagi teringin nak jadi business women.. Dulu kalau cita-cita jadi business women butik nampak best je time kecik-kecik dulu (kikikikiki) tapi kini tidak semestinya kita perlu mempunyai perniagaan yang ade kedai dan nama yang best like "Butik" kita akan berjaya.. Sekarang nie semuanya di atas talian dan online sahaja seperti Sakura Luscious (upss... iklan jap) tak perlu membazirkan kos pekerja dan kos sewa..kita bos kita kuli..lagi senang kan..Alamak dah merapu sikit kikiki..jgn mare...



Time to work after berbuka....

Alhamdulilah jualan kerepek memberangsangkan tapi bukan mudah ya sebab fia kena pergi ke kilang untuk mengambil order yang dibuat , perjalanan dan masa yang singkat agak memenatkan dibulan ramadhan. Bila dah dapat kerepek fia kena asingkan untuk diberi pada person yang dah order..Fia start untuk tester kerepek bulan 7..bagi diorang rase puas-puas dulu sebab fia nak diorang puas hati dengan rase baru order , like m,e if fia nak beli sesuatu pun kena rase dulu..tak nak pakai sebat je..nanti tak sedap...


This weak time fia buat delivery agak rushing coz boleh buat time rehat je sb sekarang dibawah pimpinan boss baru..upps tak moh cita nanti tension kikikiki.....Alhamdulilah jugak dulu mase study accounting banyak buat jualan-jualan amal dan puasa untuk projek semester..adalah pengalaman untuk marketing dan financial. But fia rase enjoy do this pada sesiapa yang nak berniaga jgn malu jangan segan try dulu baru tau hasilnya..chayok.chayok...



Friday, August 12, 2011

Bagaikan Drama Nora Elena....

Salam Ramadhan,

N3 nie, fia dah peram sebulan hehehe..kalau buah dah jadi jeruk kan...Pada kawan-kawab blogger yang tinggal di area putrajaya dan KL mesti tau pada bulan Julai lalu ada Event Floria 2011 di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya dan  berlangsung dari 9hb-17hb Julai 2011.


Tema tahun nie Bunga Rose.. berpusu- pusu orang datang ...tak pernah susut lah orang ramai datang tengok keindahan bunga rose.. Fia pun pergi jugak kebetulan mama dan adik ada datang bawak ronda-ronda2 lah..Time Jalan-jalan berkenan lah dengan bunga rose merah , terus rase nak beli MyUcuk kata "sabar jgn beli lagi..nanti past event banyak yang diorng tak ambil bunga nie...... "  fia nie mmg jenis kalau nak..mmg nak tak leh oak..oak @tahan-tahan. Fia pun beli . Suke sangat lah (sengih sampai telinga)


Dipendekkan cita 3 hari selepas event floria habis. Fia bertanya pada MyUcuk :

Fia : Aritu kata bunga mawar  diorang tinggal...

MyUcuk : Dah habis dengan nada selamba..

Fia : mujur beli satu (rase kita nie buat keputusan yang betul lah)..

MyUcuk : Nak ambik barabf kat bonet..

Fia : I Follow and bila buka Ya ALLah banyaknya pokok bunga rose...rase mcm di awangan terus teringat cita Nora Elena yang sedang tayang time tu ..

MyUcuk : itulah tak sabar..sambil angkat pokok bunga rose...



Bunga-bunga mawar yang berseri-seri ...



Separuh dah angkat dari bonet..

MyUcuk bawak balik dalam 30 pokok bunga rose macam-macam colour ade...Jadinya hobby fia bertambah lah lagi satu iaitu menjaga pokok-pokok bunga...Jaga bunga nie bukan senang kena baja, siram dan belai...Fia tak tanam semua pokok bunga tu sebab keluasan dan keadaan tanah tak berapa nak sesuai so fia beritahu kawan-kawan ofc yang berminat datang umah untuk ambik pokok bunga rose nie...
Bila buka pintu rumah tgk kat tepi laman, bunga rose yang mekar sukanya hati..mintak-mintak tangan fia nie boleh berbudi pada tanah..


Penuh kat laman depan..sampai kena letak kat tepi dinding sikit...
sementara tunggu kawan-kawan ambik...




Alatan Berkebun...



Tanah serbaguna untuk mudah air meresap sebab tanah umah kurang udara...





psst : pokok cili dan serai pun dah tanam..



Wednesday, August 10, 2011

Jom Beli Barang Raya@Putrajaya


Salam Ramadhan.....


Hari nie mata ana tidak dapat fokus pada kerja lah, kerana ana asyik nak tgk jualan yang sebelah office nie...(pelat arab lak heheh) . Pandai govmt nie, buat jualan masa orang gomen dapat bonusya..Nie fia nak kongsi info sikit pasal jom beli Barang Raya@Putrajaya (Jualan Terus Dari Kilng). Jualan nie bermula :

Tarikh : 10 Ogos hingga 14 Ogos (Rabu hingga Ahad)
Tempat : Presint 2, Putrajaya (Berhadapan Bazaar madhan)                               
Masa : 10 pagi hingga 10 malam

 

Macam - macam ada untuk  barangan keperluan sempena Hari Raya dan barangan berjenama ada dijual pada harga yang istimewa.


Antara jenama-jenama produk yang dijual adalah Snails, Jeep, Bebes Homes, Adidas, Nike, Hamster Kids Wear, Disney Pooh, tenderly, Baby Looney Tunes, Elle, Pierre Cardin, Crocodile, Camel Active, Poney, Modernmum, Larrie, Allain Delon, Bill Keith & Paula Moda, Lumberjacks, Noor Arfa, King Koil, Goodnite, Sri Nona, Adabi, Julie's, Dutch Lady, Pepsi, Nestle, Panasonic, Canon, Nikon, Sony, Samsung, LG, Diesel, Elizabeth Arden, Giorgio Armani, The Body Shop, Tupperware, Akemi dan banyak lagi.


So kepada kawan-kawan yang berada di sekitar putrajaya..moh lah kita kesana ya...




Tuesday, August 9, 2011

Berita baik Vs Berita Gegar Jantung


Salam Ramadhan,

Bangun pagi-pagi hati fia berbunga riang dan bersyukur sebab tahun nie staff gov dapat bonus...semalam tgk berita tv3 pukul 8 malam, fia de dengar kerajaan selangor bagi sumbangan duit raya RM 500 wah..wah bestnya..tup..tup gov pun bagi jugak minima RM 500 atau separuh gaji bulanan..bersyukur sangat...tahun depan bagi lagi ya en. gov,



But...But...But... 
Ku Sangka Panas Berpanjangan tapi Jerebu Yang Menyusul...


Ada tercalit cerita yang menggugat hati fia hari nie...its about office fia yang akan di reshuffle...OMG risau hati ku...sebab perubahan untuk ditukarkan unit lain ..fia  50 - 50  risau sebab hati nie dah sayang kat tempat kerja sini..Dalam kotak pikiran adakah tempat lain lebih baik dari tempat ini ???... keputusannya belum tahu siapa yang perlu pergi tapi andai fia yang menjadi Intan Terpilih.. fia kena redha sebab ini adalah ARAHAN..fia akan anggap ia suatu perubahan dan mungkin Allah s. w. t  telah merancng  sesuatu yang lebih baik untuk fia.... Think positive..





Psst :/:/ En. suami mesti boleh tau kalau fia de problem..muka nie senang nampak ke kalau de problem..tak boleh jadi pelakon lah fia..hehehe


Tuesday, August 2, 2011

Buku yang terbaik........................

Assalamualaikum,


Alhamdulilah dah masuk 2 Ramadhan..perjalanan harian masih same..puasa pun belum dapat mc lagi hehehe...(paham2 maksud tersurat dan tersirat ya)...Fia nak sharing pasal sebuah buku yang sangat-sangat berguna kepada semua umat islam.


 Actually buku nie ,fia jumapa di  MPH Alamanda ... time tu teman En. Suami mencari kelengkapannya untuk pergi kursus seminggu (suka tinggal kita mencik tau ). Dan memang kegemaran fia masuk kedai buku nie..masa duk di kuantan suka masuk  Popular Book Store. ..hobby fia masuk kedai buku dan mencari sesuatu yang baru untuk dibaca..but fia bukan pengemar cite novel ya....


 Mase pusing 360 darjah ..ternampak seorang adik manis sedang khusyuk membaca sebuah buku..lama jugak dia kat situ..after dia pergi terus fia pergi melihat buku apa yang dia baca...(perasaan ingin tahu saya mmg tinggi)....


Wah.....


Oh......


Pling..Pling......



Besarnya buku nie..tajuknya  

Ensiklopedia Solat








Mesti beli ......


Tebal buku nie 500 ms dan berharga RM100.00 (tebalnya mcm 1 Rim kertas A4)....Bila fia selak-selak helaiannya..penuh dengan informasi dari aspek fiqah,falsafah,sejarah dan saintifik. Memang rase nak beli je buku nie..bagi fia buku nie penting sebab boleh menjadi tunjuk ajar apabila kita dalam ragu-ragu dalam solat. Ia  juga amat sesuai untuk kanak-kanak dan perpustakaan sekolah, masjid, madrasah, kelas pengajian. Tidak salah kita mencari ilmu dan cuba membetulkan apa yang kita kurang tahu.


 Antara Kelebihan Ensiklopedia Solat ini:




• Maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat.


• Keistimewaan ensiklopedia ini berbanding dengan ensiklopedia lain yang ada dalam pasaran kerana mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek, fiqah, falsafah, sejarah dan saintifik.
• Setiap entri disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai untuk rujukan kontemporari.


• Disusun mengikut pendekatan mesra pembaca.


• Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual.


• Semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no. hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan.



Source : Facebook.com/UstZahazan




Lepas bace fia panggil En. Suami dan dia pun kata buku nie bagus but kitaorang tak beli time tu sebab kesuntukan masa dan malas nak Q kaunter pembayaran. So fia dan En. suami akan kembali semula untuk membeli. Bangun Pagi sok tgk MHI...Ally Iskandar pun tunjuk buku nie.....lagi membara nak beli nie....




Psst*: Ada sesiapa yang dah beli ke..Meh lah kongsi -kongsi...



















Monday, August 1, 2011

Ramadhan Pertama Ku....


Assalamualaikum kepada semua muslimin dan muslimat......




Hari ini bermula 1 ramadhan bersamaan 1432 Hijrah. Orang selalu kata bila nak dekat-dekat bulan Ramadhan kita akan rase auranya..Ade yang rase bau-bau makanan hehehe ..ada yang bau wangi dan tenang je suasana.. Tapi ade betulnya juga...En.suami ade cakap time sahur tadi..dah ada rase bulan puasa...Itulah nikmatnya di bulan Ramadhan sebab kita akan rase tenang dan senang untuk melakukan amal ibadat.


Ramadhan ini juga adalah yang pertama buat fia setelah bergelar isteri kepada My Ucuk. Adakah akan berbeza seperti mase bujang how know ???...fia terkenang masa time bujang dulu berpuasa dengan housemate dan bila weekend balik kampung berbuka dgn mama dan adik beradik..rindunya saat itu, bising bingar semasa berbuka dan mengejut bangun tido time sahur. Tapi tidak semestinya bila kita kawin ia akan hilang begitu sahaja..fia tetap akan pulang ke kampung untuk berbuka di belah ibunda dan ibu mertua... adil dan saksama..biar penat sikit asal kebahagian dan keberkatan kita rasai.




Soalan wajib bila dah masuk time raya oleh suami isteri ialah :




** raya pertama rumah siapa,


** macam mane pembahagian duit raya, maklum lah bertambah satu lagi keluarga besar...


** Nak buat biskut raya or beli je... (takut ade yang nak rase air tangan check hehehe)


** Berapa lama nak ambik cuti raya


Ayayai...sebagai org baru dalam rumahtangga pening jugak ya...Nak tanya kepada isteri-isteri yang dah ade pengalaman menyambut Ramadhan dan Raya mcm nak nak uruskan ya ?????




Dari semalam fia duk pikir nak masak ape ya untuk makan sahur..klu time bujang makan roti dan kurma pun ok...tak kisah pun sebab kita sorang tapi sekarang nie kenalah pikir housemate kita sehingga akhir hayat (insyallah)..tak gitu para-para isteri -isteri sekalian. So akhirnya menu yang fia buat untuk sahur sup ayam + paru goreng masak pedas dan ikan kerisi goreng (panazzzz)... Alhamdulilah menu nie dapat membuka selera time sahur.Psst.............kawan - kawan lak apa menu sahur pagi tadi... Dah panjang lak fia mengomel nie...anyway fia nak ucapkan :


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak,


Bersabda Rasulullah s.a.w: “Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutupilah semua pintu-pintu neraka serta tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga serta tidak ditutuplah satu pintu pun darinya. Maka berserulah penyeru: Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirilah kamu, wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam (Ramadhan)“.