Ting..Ting...

Friday, January 7, 2011

Tak Mau Kawan..Merajuk ??????



To all bride be puan dan bride to be...
you all pernah mengajuk dengan hubby tak...tak kisah lah mengajuk ala-ala manja or mengajuk betul...sampai muncung boleh di ikat heheheh....kut kut boleh jadi burung belatuk heheheh... Fia pun kadang-kadang ade perangai mengajuk  yang perbagai..tapi selalunya hal remeh mesti fia mengajuk gak...sensitif lak pas kawin...


Tapi kalau dalam perhubungan tidak ade perasaan mengajuk mesti tawar kan sb bila ngajuk kita mesti nak dipujuk..bila dah hubby pujuk kita pun kembali tersenyum dan ketawa sama..itulah nikmat kebahgian bila kita bersama orang tersayang..mereka tidak akan senang duduk kalau tengok orang yang mereka sayang dan cintai sedih....



agak-agak bila ngajuk tau tak muka kita mcm mana....
TQ to google...

Fia selalunya ngajuk manja-manja dan MyUcuk dah tau sangat sampai dia dah tau taktik fia heheheh..(hum kena guna taktik baru nie )... selalunya klu fia nak sesuatu atau nak pergi kemana and MyUcuk tak ade mase fia akan kata pada dia  " SAYA SEDIH" dengan nada nak mcm nangis dan mata kelip-kelip, kalau MyUcuk buat tak dengar sy pergi dekat MyUcuk ulang semula word "SAYA SEDIH"  sambil mengacau ape yang dibuat tak kisah lah time tu dia tengah tengok  tv , main game, berehat semua sy kacau (hahahahah) last-last MyUcuk akan mengalah jugak dan akan tanya "KENAPA SAYANG SAMBIL USAP RAMBUT "  time tu sy akan request ape saya nak...dan mesti dapat heheheheh...





Tapi tak semua orang merajuk dipujuk kan...Fia de jumpa beberapa info dari  Tentang Cinta  yang mengajar kita mcm mana nak pujuk orang yang tengah merajuk..sape yang nak memujuk dan merajuk pun kena bace entry nie...

Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.




1. Cemburu

Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.



2. Tidak dapat apa yang diinginkan

Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.



3. Orang lain lebih hebat dari dia

Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza -- merajuk.





Bagaimana nak pujuk?



1. Terangkan perkara sebenar

Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.



2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan

Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.




3. Ucapkan kata-kata "manis"

Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, "bucuk", "comot", "manje" dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Kelakar cari ini..tapi memang mujarap tau sy pun tak jadi nak ngajuk



4. Nyanyikan lagu buatnya

Ha...tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasih/tunang/isteri. Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk mereka? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, MyUcuk pernah , mase tu dia nak ajak dating , nyanyi lagu raya and selitkan nama panggilan manja sayadi dalam phone. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.



Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.




No comments: