Ting..Ting...

Friday, February 18, 2011

Kehebatan Syurga....




Salam jumaat kawan-kawan ku sekalian...
Time nie mesti semua sedang bekerja kan..
pekerjaan juga satu ibadah...
Bekerja lah dengan seronok dan ikhlas



Di pagi yang indah Nie..
fia nak kongsikan ilmu sikit tentang
Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran
yang fia baru bace pagi ini di laman sesawang
 iluvislam


tq pakcik google


Dalam petikan tersebut menceritakan sungguh Agung dan Indah Syurga
Apa yang kita tidak dpt bayangkan semuanya ade di sana..Allahhuakbar


Fia pernah mendengar dari seorang ustaz.
Sekiranya pasangan kita meninggalkan kita kerana takdir ilahi memanggilnya dahulu
Kita masih boleh bersama dengan suami kita disyurga...Insyallah
Selagi semasa hayat kita, kita tidak berkahwin baru kerana sekiranya berkahwin baru..
hubungan suami isteri dengan Arwah terputus,



INGIN TAHU KEHEBATAN SYURGA..MARI KITA MEMBACE BERSAMA-BERSAMA




Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.




 Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT :




"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)





"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)



"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)



 "Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)


"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)



 "Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)



"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)


pakcik google bagi free


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)


"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)



 "Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)


 
 "Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)


 
 "Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)


 
 "(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)



"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)




Doa Di anugerahkan Syurga



Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.



 AMIN AMIN YA RABHI ALAMIN.....



No comments: