Ting..Ting...

Tuesday, July 19, 2011

CERITERA *** 111 HARI***

Assalamualaikum,

Tajuk mcm cita wayang je kan ..oh no no no no ini kisah ana yang punya..bukan ahmad albab yang punya ...(dah start melalut nie )... Ape khabar u all girl semua.. 111 hari tempoh yang panjang fia rase untuk meninggalkan blog ini...but ia bukannya sebagai titik noktah apabila fia meninggalkan blog nie ...seperti dalam cerita  Ikan Sudah Timbul  fia akan kembali untuk mencoret kan macam-macam cerita sama ada suka dan duka...kalau rase boring cita fia pejam mata tukar chanel ya...hehehehe...


wif aini..mummy in the house..time dinner 1 years ago


Sinopsis dalam masa 3 bulan nie life fia penuh aktiviti . Permulaan bulan 4 fia ikut hubby untuk event family day di port dickson ..so fun sebab fia mmg suka pantai kan....kira second honeymoon pun ade. Selepas tu fia dah mula sibuk nak pindah. Alhamdulilah kuarters yang ditunggu selama ini telah pun  fia dapat, penatnya usah di cita nak tau fia dapat kuarters ape tunggu post  fia nanti ya !!!!. Bulan 6 musim org nak kahwin penuh dengan jemputan kawin dan fia pun sibuk jugak dengan business sewaan bekas hantaran..alhamdulilah rezeki kan. Mula dari kecil-kecik je di sakuraluscious.blogspot.com ),


Bulan 7 bulan yang paling sibuk sebab de floria di putrajaya (heheheh berjalan-jalan), family fia and hubby datang berjalan-jalan dan fia dapat berjumpa family jauh dari seberang laut (rupanya hubby ade sedara mara di sana ..senang nak g sana nie nanti heheheh) . Bila dah ade floria mestilah ade benda yang di beli kan..tiba-tiba hobby baru menjelma hehehe ... agak2 tangan fia nie boleh suburkan tanaman tak ????. and yang paling penat adalah fia kena joint KIK lagi tahun nie ayayai sakit otak tue...and penutup aktiviti  adalah joint family day office..mmg best..


So itu adalah sinopsisnya, nanti bila free fia akan story morry ya....love u all...

Thursday, July 7, 2011

Ikan sudah Timbul....


GLUP..GLUP..GLUP...

Sudah jauh ikan ini berenang ...

kini dia kembali ke kolam asalnya..







Usah di tanya ke mana ikan ini menghilang..
bukan kerana merajuk atau apa...
akibat penyakit kemalasan dan dicemburui oleh masa....
Hope ikan ini masih lagi di kolam ini..di blog ini.....



Friday, April 1, 2011

April Fool Not To ME...

Assalamualaikum

Kepada semua kawan- kawanku, rase sangat rindu untuk berblog and marathon blog kawan-kawan tapi serius mase fia sangat sedikit sangat...Hati selalu terdetik apa lah yang kawan-kawan blog hari nie coretkan ya...ruginya kalau tak sempat bace !!!!!!!!...Fia sedang sibuk uruskan satu event di Office nie yang akan berlangsung dalam 2 minggu... Nanti fia story kan ya...

Semua orang tau hari nie 1 April yang sinonim dengan sambutan ApRIL FooL !!!!!!!!!!!... Ada tak kawan-kawan yang sambut... Sebelum kawan-kawan ku cantik manis nak sambut jom kita bace kisah ini dulu...

Sejarah April Fool

 



Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.




Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.



Walaupun ia tidak sehebat perayaan tahun baru atau Valentine's Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.





Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.





Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan pergunungan. Islam tela hmemberikan kemakmuran di Sepanyol.





Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’ untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.




Selama itu juga, pihak kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.





Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.



Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.





Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah. Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.



Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.



Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.





Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.



Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana.(sangat sedih bila kanak-kanak kecik dibunuh...) Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.





Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.





Bagi umat Islam, April Fool merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.





Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari. Fia mmg tak pernah sambut sebab memang tak suka..Hope ia boleh menjadi renungan kita bersama.....Wallahua’lam.

Wednesday, March 16, 2011

Wajib Pandai Masak Ke !!!!!!!!!


Burung jelatik makan padi,

Burung puyuh dalam jebak;

Wahailah adik bride to be,

Pandaikah cik adik masak-memasak?




 

Masak !!!!!!!!!!!!!
soalan yang paling paveret di tanya oleh makcik2 office a.k.a busybody, ibu tercinta dan tunang bila dah plan nak berkahwin. Selalunya kalau gadis-gadis yang pandai masak je boleh kahwin yang tak pandai tu, mak akan kata belajar dulu masak nanti nak bagi laki mu makang gapo (loghat terengganu) makang pasir ko!!!!...








Amacam bride to be rase tercabar atau rase nak bertukar jadi sailormon tak bila ade orang pertikaikan diri kita pandai ke masak or tidak....Mesti geram kan...see my hand lah (dalam hati cakap). Fia rase mana-mana gadis pun mesti tau masak secara amnya..tapi untuk mencari yang tere masak ala-ala Datuk Chef Wan amat jarang-jarang nak jumpa.fia bukan lah pandai sangat masak setakat simple-simple tu boleh lah kan untuk makan sendiri and untuk family...Fia pun masih dalam proses belajar memasak sebab malaysia nie kaya dengan masakan pelbagai juadah...








Ade juga kawan-kawan fia yang risau bila kahwin nanti kena masak sebab mereka kurang cekap di dapur..lagi-lagi bila time majlis bertandang @sambut menantu rumah mertua. mesti hari pertama kita kena masak kan....fia lucky sebab mak mertua sangat sporting and suruh rest je.......... katanya lepas kenduri mesti penat yepi..yepi...tapi ade jugak mak mertua yang nak try masakan menantunya...so  fia rase before kahwin elok lah kita belajar masak beberapa menu yang simple...manalah tau kan.... kita kena masak ..nanti rase segan pulak bila kata "Saya tak tau nak masak" ....... teng..teng....






Menu yang fia cadangkan untuk belajar, like goreng ikan/ayam, masak tumis, lauk gulai like masak lemak cili api, kari ayam,tomyam , untuk nasi pulak first kena lah pandai masak nasi tau...tapi kadang-kadang bila time di rumah orang kita jadi blur sebabnya, banyak persoalan dalam diri .... "buat mcm nie nanti kata salah"...lain orang lain cara masaknya, walau menu yang sama..berbalik pada menu masakan nasi fia rase cukup lah kalau pandai masak nasi lemak atau nasi ayam...benda mudah kan..Nak cari resepi ??? mudah sangat sekarang nie...kat laman internat dah banyak blog -blog yang kongsi resepi dan buku-buku resepi di kedai buku. Fia pun rajin ke laman web resepi untuk tahu resepi terbaru , antara blog fia suka singgah MyResepi dan Makcik Manggis.



 




Sebagai gadis and bride kita jangan segan silu bertanya pada ibu dan ibu mertua resepi-resepi masakan sebab mereka sangat suke berkongsi pada kita dan resepi mereka memang terbaik punya ...lagi-lagi kalau kata nak belajar masakan suami kita @anak ibu mentua ku..confirm mereka ajarnya....



Sebenar-benarnya apabila kita melangkah ke alam perkahwinan dengan automatic kita akan pandai masak dari hanya tahu masa air hingga masakan ala-ala hotel gitu sebab diri sendiri akan kata yang kita nak belajar masak sebab nak bagi suami kita makan yang sedap dan apabila suami memuji masakan lagi..hati kita akan lagi berkobar-kobar nak masak. PERCAYALAH.........







Kepada bride and anak gadis jangan gusar kalau anda tidak pandai memasak sebab memasak adalah kemahiran , sesiapa pun boleh melakukannya.Chayok..Chayok...





 

Monday, March 14, 2011

Ape Che Hari Nie.... Tiang 1 Cacak je...



Wah..wah tajuk N3..Ganaz u all..ala-ala gengstaz gitu....
awal-awal masuk office mood isnin..
agak lambat bergerak dan fikiran melayang-layang
(mood weekend)



baru tadi isu panaz membuat sy kuat berfikir...
nak tau ape dia....
.
.
.
.
.
.
.


Projek Terbengkalai



 

isu berat di pagi ini..
al-kisahnya saya nie kerja bahagian memberI loan kepda staff govmt nak beli umah..tapi bukan Along or Angah ye...dan sangat suka potong gaji orang dan best part kerja sy yang eXTrame adalah menguruskan masalah peminjam yang rumahnya terbengkalai...ayoyo


Tema Terbengkalai hari ini bermula apabila :


- sy dapat kes projek terbengkalai tapi pemaju dah claim progress 100% (selalunya lawyer bersentokol dengan arkitek mereke)


- kawan saya baru call beritahu rumah dia terbengkalai (terkejut sangat...mmg tak kenal sape mangsa en. terbengkalai nie)


- peminjam datang jumpa dan mintak bagi penerangan dan penyelesaianya masalah....




sekarang nie banyak sungguh rumah yang terbengkalai
boleh kata setiap negeri ade kes nie...yang jadi mangsa person mcm sy lah....menjadi tempat luahan tidak puas hati peminjam dan meluahkan perasaan dan jadi macam kaunselor pun ade kadang..kadang...


siap buat ahli jawatankuasa lagi pembeli rumah..




Masalah terbengkalai nie rasenya semua pernah dengar dan TV3 sangat rajin menayangkan masalah projek terbengkalai namun ================ape yang mereka lakukan selepas tayangkan????? ,kalau setakat buat aduan tapi tidak ambik tindakan ..fia sangat kesian pada peminjam yang terbeli rumah mcm nie....



Pelbagai perkara yang diadukan sampai ade peminjam kata kat fia  " Awak tak rase ape yang saya rase" alamak nak sy selami hati mereka"...namun sy tetap melayan sb kita kena guna skill mendengar bila orag tgh marah...




 

Jadi kat sini fia nak kongsikan sikit ape yang perlu anda buat kalau nak beli rumah ya...




  • Selalunya promosi rumah nie diorang bagi flyers  dan kata kalau booking hari nie lawyer fees free (jgn tergoda ya kawan-kwn sb bila dah book dan bayar deposit susah nak dapat balik duit kita tau)


  • Pergi tengok tapak pembinaan dan tengok tarikh pembinaan dan tarikh patut siap..
  • Check status pemaju di laman web Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (yang nie wajib tengok ya)
  • Check akaun pemaju (maksudnya dia punya penyata tahunan bukan buku akaun dia ya kawan-kawan ada yang kena kejar lak .....)
  • Kepada Abg Tentera dan Abg polis, pemaju sangat suka masuk ke kem-kem  dan buat promosi itu ini dan tunjuk gambar perumahan yabg dalam pembinaan jangan murah hati sangat sain ya..kn pergi tengok dulu sebab banyak kes pasal abg tentera dan abg polis kena tipu siap guna slip gaji orang lain tu sebab tak layak nak buat loan..ish..ish kuat auta betul diaorang nie...
  • Lawyer dan Arkitek yang pemaju hire pun kena check jugak takut pernah buat penipuan or blacklist
  • Important Among Important bace S&P betul-betul ya..bahagian ::::::: apa  yang jadi kalau rumah tak siap seperti yang dijanjikan atau, ada tak caj-caj tersembunyi kalau pemaju dapat payment lambat kira mcm  interest lah...
  • Last thing kalau mampu beli lah rumah yang dah siap pembinaan ..tu kalau mampu laH ya...



Sekiranya kawan-kawan terbeli rumah yang terbengkalai apa yang perlu dilakukan?????



  • First kena buat aduan dengan Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan untuk check status dan dapatkan pengesahan. Nanti KPKT akan mengambil tindakan.
  • Pergi syarikat Pemaju dan berbincang sekiranya pemaju buat perangai macam cuba menipu dan memputar- belitkan keadaan elok lah buat laporan polis dahulu..ini untuk keselamatan.
  • Pergi ke Bank atau tempat pembiayaan pinjaman untuk beritahu masalah dan mendapat solution untuk pihak bank tidak membuat bayaran lagi kepada pemaju itu...Ini penting tau sebab banyak kes pemaju claim 100& tapi rumac hanya ada 1 Cacak Tiang.....
  • Bagi peminjam yang kerja Govmt dan buat loan dengan govmt , pihak Govmt ade bagi beberapa bantuan atau pun cadangan lah iaitu :



A. Peminjam boleh membatalkan pinjaman tersebut dan dapat stop claim bayaran pemaju, nie kalau kes pemaju dah tak tahu pergi mana dan rumah tidak akan di siapkan.




B. Peminjam boleh mohon pengecualian faedah iaitu mengecualikan faedah selama 5 tahun, ini bagi kes projek perumahan yang terbengkalai tapi masih bergerak tapi slow-slow like kura-kura hehehehe....





Fia harap info mengenai Projek terbengkalai nie dapat membantu kawan-kawan blogger untuk membeli rumah nanti ya....




RUMAH KU ....SYURGA KU...








pakcik google bagi kongsi




1 Cacak sahaje tapi claim 100% siap..









5 tahun bukan tempoh yang singkat...







Friday, March 11, 2011

11.03.2011 Jepun dilanda Tsunami 8.9 magnitude

Petang tadi Malaysia digemparkan dengar berita Jepun dilanda Tsunami...Astagfiruallah ..takutnya saya..walau Jepun bukan negara saya atau sy dilahirkan di sana tapi Jepun tetap berada di bumi yang sama dan menghirup udara yang yang sama....Walau lain bangsa dan agama kita tetap kena peka dan membantu...




adik google terkejut jugak dengar berita nie...



Bandar Sendai, di bahagian utara Jepun disahkan dilanda Tsunami dengan ombak setinggi 4 meter ..tinggi tue...Amaran telah dikeluarkan kepada semua penduduk jepun untuk berpindah ke tempat yang selamat dan duduk di tempat tinggi. Amaran juga dikeluarkan kepada semua negara lain juga sebagai berjaga-jaga...




Sampai rumah terus buka tv dan info terkini mengatakan indonesia, sabah dan sarawak kena berjaga-jaga kerana takut terkena gegaran dan cebisan-cebisan Tsunami.. Bahayanya....Macam mane lah org di Sabah dan Sarawak ya...harap mereka semua berjaga-jaga. Hari ne 1 hari di Putrajaya hujan lebat, mak mertua ade call tadi beritahu kat kuantan pun hujan tak berhenti adakan nie sebab Tsunami di Jepun. Harap Malaysia selamat dari gegaran tersebut...Amin....



Fia kongsikan gambar-gambar Tsunami dan video..sama-sama kita berdoa agar kawan-kawan, sedara atau orang Malaysia disana selamat ya..Amin..





Mula-mula tsunami berlaku tak silap 2.26 petang






semua harta benda musnah sekelip mata...di Sendai Airport Jepun






Cosmo Oil Refinery di Chiba













Malaysia - Sendai













masih ada yang selamat kah ???






kebakaran yang besar....












Nak Duit Belanja...Smile Sampai Telinga

Di waktu petang dengan hujan yang renyai-renyai sambil mendengar radio di dalam pacuan 4 roda suami ku...
tibe-tibe....



Fia : Sayang sibuk ke hari nie


MyUcuk : Biasa je (jawapan hakiki suami ku)


Fia : Syg nak makan ape malam nie


MyUcuk : Rase nak makan sup ayam and nasi air @bubur nasi + ikan masin+ tempe goreng kunyit (menu kesukaannya time hujan)


Fia: Ok Sayang , Jap g singgah kedai John ya nak beli tempe...Sayang..............bulan nie lagi 2 minggu gaji kan?


MyUcuk : Haah ..Kenapa?


Fia : Nak mintak Duit poket lebih leh tak ..sambil tersenyum...terus bagi alasan {terlebih belanja } @ bulan nie sy shopping lebih hahahha)


MyUcuk : Pandang sy dari tepi ...mcm nak berkata sesuatu tapi dia just kata ok nanti ingat kan saya ya...


Fia : Ok Sayang dan sambung senyum kikikiki....





cik google



Itulah perbualan fia and En. Suami semalam..tak nak mintak nanti fia jadi kurus lak hehehe...Nak buat  mcm mane dah tershoping lebih huhuhuu..mujur hubby ok...Patut tak kita mintak duit hubby walau kita dah bekerja? fia rase tidak menjadi kesalahan sebab hubby kena bagi nafkah zahir walau isteri bekerja..kerana itu tanggungjawabnya  walaupun bagi RM 50 sebulan..


Nafkah TETAP Nafkah


Dan terpulang pada kita bagaimana cara dan jumlah pemberiannya...



Pada fia konsep Give & Take sesuai utk pengurusan kewangan rumahtangga...kenapa fia kata mcm tu ..sebab kadang-kadang suami mesti "tershort" juga untuk service or repair kereta so sebagai isteri yang berkerja kita kenalah bantu mereka dari segi perbelanjaan rumah tapi suami tidak boleh menggunakan alasan ini sebagai lepas tangan {asyik kereta rosak je..pelik kan}... DAN  perkara pertama dihitung nanti adalah nafkah pada isteri..jika suami gagal melakukannya ia akan jadi dosa..







Selalu kalau kita pergi pasaraya untuk beli brg dapur, dan melihat pasangan suami isteri membeli barang tapi bila time bayar suami berkata : Ayang bayar dulu lah nanti Abang bagi...walau ayat itu simple hanya guna 7 patah perkataan ia akan menjadi besar maknanya bila suami tidak kotakan janjinya kerana Apabila mengguna duit isteri tanpa isteri merelakan maka duit itu jatuh jadi haram. Impak yang besar kan walau kita pandang remeh








So bagi pandangan fia elok lah kita berbincang dengan suami siapa yang perlu bayar bil air, elektrik, broadband, astro, bil handphone, sewa rumah, instalment rumah dan lain...bagi mengelakkan pergaduhan satu hari nanti...Tapi kalau husband nak tolong bayarkan bil-bil tersebut kita sebagai isteri jangan lah gembira sangat..kita kena jugak bantu dari segi lain pulak..supaya hubungan suami isteri sentiasa bahagia dan aman. Tema hari ini .....




Give And Take