Ting..Ting...

Thursday, April 22, 2010

Yummy..Wedding Cake

Rase mcm lama je tak update blog nie..sy terleka dgn kesibukan ..adoi..but now nak cita pasa l C.A.K.E ....sebut pasal cake terus terbayang kek kesukaan ku,...Chocolate Indulgence secret recipe wah sedapnya...acctually nie tgh duk pikir kek untuk my big day...hari tu tgk kek mawi mcm best je bentuk bantal tau..tinggi melangit risau gak takut jatuh...sy suka perisa chocolate n berry n suka kek yang nampak cute tak terlalu serabut..my sis suggest buat 5 tingkat but yang nak potong tingkat 1 je ...and sy nie dlm kategori "kurang tinggi" hehehe..nanti tak nampak lak saya..






Pada pendapat saya sesebuah majlis perkahwinan tidak lengkap  tanpa acara memotong kek. Tidak kira besar atau kecil, tradisional atau ringkas sesebuah majlis perkahwinan itu, kek perkahwinan akan menjadi penyeri dan menjadi salah satu atucara majlis. Tidak kira dimana, siapa dan tema, kek perkahwinan akan menjadi tumpuan majlis dan acara memotong kek merupakan acara kemuncak dan penutup acara.




Mesti korang duk pikir bila nak tempah kek kan..kan tempah awal sangat pun tak best takut de design lain berkenan..tempah lambat lak nanti tak ikut citarasa lak..klu nak tau tempahan kek kawin nie ade time sibuk nya iaitu time cuti sekolah al maklum lah ramai yang nak kawin tau...bukan korang je tau..so sy de jumpa artikel pasal "Bila waktu menempah kek perkahwinan"


Langkah pertama.

Sebelum memilih atau menempah kek perkahwinan, tanya diri terlebih dahulu ;

1. Berapa bajet?

2. Berapa ramai akan dijamu?

Mengetahui fakta tersebut kita akan tahu rupa kek yang sesuai dengan majlis dan poket. Bukan sekadar hendak menjadi ‘wedding of the year’ cuma tidak mahu membazir.

Faktor yang perlu diambil kira bila memilih kek kahwin.

1. Rekabentuk – Contoh-contoh kek perkahwinan boleh didapati dari majalah-majalah, buku atau website kek yang diminatii dan bersesuaian. Bawa atau pilih gambar untuk dibawa kepada pembuat kek bagi sebut harga dan pandangan. Jika ada rekabentuk sendiri, berbincang dan jelaskan kepada pereka kek yang bagaimana dikendaki.

2. Saiz - pemilihan saiz adalah bergantung kepada jumlah individu yang hendak dijamu.

3. Warna- Kebiasaanya warna kek mengikut warna tema sesebuah majlis, namun tidak menjadi kesalahan jika memilih warna yang kontras dari warna tema.

4. Rasa – Pastilah mahu kek yang sedap, jika tidak pasti sedap atau tidak boleh dapatkan pandangan rakan atau kenalan yang pernah menikmati kek di kedai pilihan atau boleh beli untuk cubaan.

5. Ising – Ising adalah bahan luar yang membaluti kek. terdapat pelbagai jenis icing yang terdiri daripada Buttercream, Royal icing, Fondant dan Marzipan. Setiap ising mempunyai kelebihan dan kekuranganya jadi pemilihan hendaklah bersesuaian dengan majlis itu sendiri disamping itujenis-jenis ising ini turut mempengaruhi harga kek. Buttercream merupakan pilihan yang paling popular kerana harganya yang agak rendah manakala harga bagi fondant adalah lebih tinggi. Namun dikala ini ramai pasangan suka memilih kek fondant kerana rupanya yang lebih elegant dan dapat digubah dalam perbagai bentuk.

To me ,sy sukakan kek ising coz jimat n sedap..sebab ising kan jenis kita cari yang tak muat...sy suka design kek yang bertingkat n tingkatnya dari gelas kaca..wow..cantik tu..sy de serch design kek kahwin yang mayby boleh saya choose & all so to you all..jangan meleleh sudah ya....hehehe



fruit cake


fondant cake...


sesuai untuk wedding ala barat...


adoi mcm ne nak potong kek nie..tapi unik kan..
sesuai pada sesiapa sukakan kelainan




sy suka sangat kek nie..rasa nak buat hantaran lah..



yang nie pun sy minat sebab tak banyak aksesori just
bunga keliling pun dah naik seri kek nie..apa yang penting rasanya...





blossom kek...






ha yang nie tak yah citalah tuan punya wedding ya...masa tgk kat tv ingat bantal apa la tu..
rupanya kek..oh tipah tetipu kikiki..tp mmg nampak grend tau...


sesuai pada pasangan yang inginkan colourful wedding



No comments: