Wah..wah tajuk N3..Ganaz u all..ala-ala gengstaz gitu....
awal-awal masuk office mood isnin..
agak lambat bergerak dan fikiran melayang-layang
(mood weekend)
(mood weekend)
baru tadi isu panaz membuat sy kuat berfikir...
nak tau ape dia....
.
.
.
.
.
.
.
Projek Terbengkalai
isu berat di pagi ini..
al-kisahnya saya nie kerja bahagian memberI loan kepda staff govmt nak beli umah..tapi bukan Along or Angah ye...dan sangat suka potong gaji orang dan best part kerja sy yang eXTrame adalah menguruskan masalah peminjam yang rumahnya terbengkalai...ayoyo
Tema Terbengkalai hari ini bermula apabila :
- sy dapat kes projek terbengkalai tapi pemaju dah claim progress 100% (selalunya lawyer bersentokol dengan arkitek mereke)
- kawan saya baru call beritahu rumah dia terbengkalai (terkejut sangat...mmg tak kenal sape mangsa en. terbengkalai nie)
- peminjam datang jumpa dan mintak bagi penerangan dan penyelesaianya masalah....
sekarang nie banyak sungguh rumah yang terbengkalai
boleh kata setiap negeri ade kes nie...yang jadi mangsa person mcm sy lah....menjadi tempat luahan tidak puas hati peminjam dan meluahkan perasaan dan jadi macam kaunselor pun ade kadang..kadang...
siap buat ahli jawatankuasa lagi pembeli rumah..
Masalah terbengkalai nie rasenya semua pernah dengar dan TV3 sangat rajin menayangkan masalah projek terbengkalai namun ================ape yang mereka lakukan selepas tayangkan????? ,kalau setakat buat aduan tapi tidak ambik tindakan ..fia sangat kesian pada peminjam yang terbeli rumah mcm nie....
Pelbagai perkara yang diadukan sampai ade peminjam kata kat fia " Awak tak rase ape yang saya rase" alamak nak sy selami hati mereka"...namun sy tetap melayan sb kita kena guna skill mendengar bila orag tgh marah...
Jadi kat sini fia nak kongsikan sikit ape yang perlu anda buat kalau nak beli rumah ya...
- Selalunya promosi rumah nie diorang bagi flyers dan kata kalau booking hari nie lawyer fees free (jgn tergoda ya kawan-kwn sb bila dah book dan bayar deposit susah nak dapat balik duit kita tau)
- Pergi tengok tapak pembinaan dan tengok tarikh pembinaan dan tarikh patut siap..
- Check status pemaju di laman web Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (yang nie wajib tengok ya)
- Check akaun pemaju (maksudnya dia punya penyata tahunan bukan buku akaun dia ya kawan-kawan ada yang kena kejar lak .....)
- Kepada Abg Tentera dan Abg polis, pemaju sangat suka masuk ke kem-kem dan buat promosi itu ini dan tunjuk gambar perumahan yabg dalam pembinaan jangan murah hati sangat sain ya..kn pergi tengok dulu sebab banyak kes pasal abg tentera dan abg polis kena tipu siap guna slip gaji orang lain tu sebab tak layak nak buat loan..ish..ish kuat auta betul diaorang nie...
- Lawyer dan Arkitek yang pemaju hire pun kena check jugak takut pernah buat penipuan or blacklist
- Important Among Important bace S&P betul-betul ya..bahagian ::::::: apa yang jadi kalau rumah tak siap seperti yang dijanjikan atau, ada tak caj-caj tersembunyi kalau pemaju dapat payment lambat kira mcm interest lah...
- Last thing kalau mampu beli lah rumah yang dah siap pembinaan ..tu kalau mampu laH ya...
Sekiranya kawan-kawan terbeli rumah yang terbengkalai apa yang perlu dilakukan?????
- First kena buat aduan dengan Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan untuk check status dan dapatkan pengesahan. Nanti KPKT akan mengambil tindakan.
- Pergi syarikat Pemaju dan berbincang sekiranya pemaju buat perangai macam cuba menipu dan memputar- belitkan keadaan elok lah buat laporan polis dahulu..ini untuk keselamatan.
- Pergi ke Bank atau tempat pembiayaan pinjaman untuk beritahu masalah dan mendapat solution untuk pihak bank tidak membuat bayaran lagi kepada pemaju itu...Ini penting tau sebab banyak kes pemaju claim 100& tapi rumac hanya ada 1 Cacak Tiang.....
- Bagi peminjam yang kerja Govmt dan buat loan dengan govmt , pihak Govmt ade bagi beberapa bantuan atau pun cadangan lah iaitu :
A. Peminjam boleh membatalkan pinjaman tersebut dan dapat stop claim bayaran pemaju, nie kalau kes pemaju dah tak tahu pergi mana dan rumah tidak akan di siapkan.
B. Peminjam boleh mohon pengecualian faedah iaitu mengecualikan faedah selama 5 tahun, ini bagi kes projek perumahan yang terbengkalai tapi masih bergerak tapi slow-slow like kura-kura hehehehe....
Fia harap info mengenai Projek terbengkalai nie dapat membantu kawan-kawan blogger untuk membeli rumah nanti ya....
RUMAH KU ....SYURGA KU...
pakcik google bagi kongsi
1 Cacak sahaje tapi claim 100% siap..
5 tahun bukan tempoh yang singkat...
6 comments:
cayalah bos
cik alawiyah : perkara baik kena beritahu sebagai pesanan dan ingatan...wing..wing...
kesian kaLau kene bayar tetiap buLan tapi rumah tak siap2 sampai 10 tahun....
aty : mmg kesian sangat kalau sampai 10 tahun tak siap...buat mase nie tak ade akta yang boleh bantu peminjam
aty : mmg kesian sangat kalau sampai 10 tahun tak siap...buat mase nie tak ade akta yang boleh bantu peminjam
sangat2 informative!!..saya sendiri baru tahu thanks for the sharing..;)
Post a Comment