Ting..Ting...

Tuesday, August 2, 2011

Buku yang terbaik........................

Assalamualaikum,


Alhamdulilah dah masuk 2 Ramadhan..perjalanan harian masih same..puasa pun belum dapat mc lagi hehehe...(paham2 maksud tersurat dan tersirat ya)...Fia nak sharing pasal sebuah buku yang sangat-sangat berguna kepada semua umat islam.


 Actually buku nie ,fia jumapa di  MPH Alamanda ... time tu teman En. Suami mencari kelengkapannya untuk pergi kursus seminggu (suka tinggal kita mencik tau ). Dan memang kegemaran fia masuk kedai buku nie..masa duk di kuantan suka masuk  Popular Book Store. ..hobby fia masuk kedai buku dan mencari sesuatu yang baru untuk dibaca..but fia bukan pengemar cite novel ya....


 Mase pusing 360 darjah ..ternampak seorang adik manis sedang khusyuk membaca sebuah buku..lama jugak dia kat situ..after dia pergi terus fia pergi melihat buku apa yang dia baca...(perasaan ingin tahu saya mmg tinggi)....


Wah.....


Oh......


Pling..Pling......



Besarnya buku nie..tajuknya  

Ensiklopedia Solat








Mesti beli ......


Tebal buku nie 500 ms dan berharga RM100.00 (tebalnya mcm 1 Rim kertas A4)....Bila fia selak-selak helaiannya..penuh dengan informasi dari aspek fiqah,falsafah,sejarah dan saintifik. Memang rase nak beli je buku nie..bagi fia buku nie penting sebab boleh menjadi tunjuk ajar apabila kita dalam ragu-ragu dalam solat. Ia  juga amat sesuai untuk kanak-kanak dan perpustakaan sekolah, masjid, madrasah, kelas pengajian. Tidak salah kita mencari ilmu dan cuba membetulkan apa yang kita kurang tahu.


 Antara Kelebihan Ensiklopedia Solat ini:




• Maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat.


• Keistimewaan ensiklopedia ini berbanding dengan ensiklopedia lain yang ada dalam pasaran kerana mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek, fiqah, falsafah, sejarah dan saintifik.
• Setiap entri disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai untuk rujukan kontemporari.


• Disusun mengikut pendekatan mesra pembaca.


• Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual.


• Semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no. hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan.



Source : Facebook.com/UstZahazan




Lepas bace fia panggil En. Suami dan dia pun kata buku nie bagus but kitaorang tak beli time tu sebab kesuntukan masa dan malas nak Q kaunter pembayaran. So fia dan En. suami akan kembali semula untuk membeli. Bangun Pagi sok tgk MHI...Ally Iskandar pun tunjuk buku nie.....lagi membara nak beli nie....




Psst*: Ada sesiapa yang dah beli ke..Meh lah kongsi -kongsi...



















2 comments:

PUAN THALHA : said...

Menarik juga buku ini. Akan try tengok bila pegi mph nanti. thanks for sharing fia :) salam ramadhan dear.

Cik Puan Fia said...

Puan Thalha : same2..salam ramadhan...