Ting..Ting...

Monday, March 7, 2011

mY FabOlOUs hONey......MooN

Fia nak share my 1st honeymoon..fia pergi pas kawin tapi post nie dah berabuk tapi tak publish kan....fia pergi honeymoon selepas wedding sb takut klu tangguh alamaknya tak pergi lah sebab My Ucuk working plus study so masa dia amatlah sedikit ...so fia and suami decide terus g honeymoon..nak tau fia pergi mana tak ..........cuba lah main teka - teki...

Kuantan



Pulau Langkawi



Thailand...oh tidak..medai..medai...


!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!

 
Saya Fly Ke...................SABAH





Wing-Wing.....kawan yang sudah bace post nie klik sini mesti dah dapat agak kan mane fia honeymoon...First pergi bercuti jauh ..mcm-mcm nak pack barang..mcm dah tak nak balik..pergi 3 hari 2 malam je kikiki...fia bertolak hari selase dan balik hari khmis...Perjalanan ke sabah ambik masa dalam 2 jam 1/2....tapi fia tak dapat nak lelap mata..suka tgk view dari atas...but MyUcuK sudah lena mcm kena pukau je bila naik flight..Pukau Tido hehehee...sampai kat lapangan..ade pakcik sedang duk tenung kita orang..sape tu..nie yang takut nie..skrg kan banyak kes penipuan dan kecuriaan kat lapangan terbang..


Fia pandang En. Suami dia smile kat pakcik tu eh..ehe..eh pelik lak dia nie...rupanya pakcik tu adalah pakcik housmate dia rupanya..saje buat suspen tau...wah bestnya ade traval guide....dari terminal ke tempat penginapan ambik masa dalam 3 Jam..

SERIUS...



tAK tIPU..


Mmg lama sangat..dah beberapa kali terlena..tapi yang bestnya..mase lalu kawasan -kawasan kampung rase sangat nyaman dan sejuk ...tenang..mmg kitaorang nak pergi tempat berehat dan menenangkan..jauh dari kesibukan kota dan bising-bingar...


bunga hutan..
cantik warna biru muda


1 benda yang fia perasan bila melalui setiap kampung untuk sampai ke kundasang...mesti ada gereja katolik..tak nampak pun masjid or surau..En. Suami kata sini ramai kristian and china...so sebab tu susah nak jumpa surau..OhOhHH


Kawasan yang berbukit dan jalan yang kurang rata buat fia agak takut..yelah udah lah jalan dia kecil banyak lori..pakcik driver kata saje ikut jalan kampung sebab boleh tgk permandangan..klu ikut jalan biasa boring..Ok Tq Pakcik...Sampai2 kita org Check In- masuk bilik, first cari remote tv and air0con..tapi ade tv je mane air-cond, pandang atas, pusing 360 darjah..No Air-Cond Teng..Teng...!!!!!!!!!!!!!!!!, kenapa takde..En. Suami tersenyum je dgn gelagat fia....So aktiviti kitaorang mula-mula jalan2 sekitar chelet, pergi makan, lepak2.....




Banyak kawasan boleh kita jalan-jalan kat sini tapi kena naik car lah ye..klu jalan alamaknya jadi jungle traking lah ....Kat Kundasang ada Kundasang War Memorial, Ladang Teh..dan yang paling best Gunung Kinabalu...Kalau nak tengok Puncak Gunung Kinabalu kena bangun awal dalam pukul 7.00 - 8.00 pagi je boleh tgk..mmg nampak sangat puncak tu..terus jadi jakun sekejap....Kat sini pukul 5 pagi dah macam Pukul 7 pagi cerah, bila malam pun sama pukul 6 petang dah gelap...ish..ish best nie time puasa....


puncak gunung kinabalu..



nie time kabus kat are chelet..tinggi tempat nie..



To me tempat nie mmg sesuai untuk honeymoon or nak relax tau...fia suke suasana dan permandangan di Kundasang.. Rase nak pergi lagi je....Sebelum balik fia singgah di Sabah Mall dan Pasar Kraftangan Kota Kinabalu atau pun lebih dikenali sebagai Pasar Filipina ..tapi jgn tanya fia kenapa pasar tu nama mcm tu..sb fia pun tak tau..tapi kat situ banyak jual gift, gelang mutiara,gelang kristal, keychai. ....Sangat cantik ..banyak jugak borang..lepas shopping baru terpikir over limit tak mase timbang nie ??? ah tak kisah lah heheheh...Tapi kalau kita pandai cakap sabah lagi best sb member kata klu diorang tau kita nie tourist..sah-sah kena bedal harga tinggi...kurang pun sikit je......


oH YE PASAL aIR-cOND yANG tAKDE tU..


rupanyan bila malam sangat sejuk mcm dah duk kutub selatan tau..patut lah takde air-cond..en-suami dah tau saje biar saya tertanya-tanya dan mengomel....Sekian saja kisah honeymoon saya...





Boleh tak kita g honneymoon kali ke-2 lepas 6 bulan kawin...klip mata..klip mata kat en. suami..




More Picture Here.....










Friday, February 25, 2011

Pencuri Alaf Baru

Assalamualaikum....

!!!!!!! Pencuri Alaf Baru !!!!!!!!



google.. tq ya


Tajuk ape mcm nie??Ish Ish...
itulah yang terkeluar dari kotak fikiran fia bila menerimanya...

Terima apa lak nie ???

Acctually fia terima email, dan email nie sentiasa ade setiap hari dan rase bosan dan mengsemakkan email je..nak tau email ape......
Moh lah kita bace.......


Dear Friend,



I am Mr Mohammed Hassan the head of file department of Bank of Africa (B.O.A) here in Burkina Faso / Ouagadougou. In my department we discover an abandoned sum of (US$18mllion US Dollars) in an account that belongs to one of our foreign customer who died along with his family in plane crash. (Ingat org mati takde sedara mara ke )


It is therefore upon this discovery that I now decided to make this business proposal to you and release the money to you as the next of kin or relation to the deceased for the safety and subsequent disbursement since nobody is coming for it. I agree that 40% of this money will be for you, while 60% would be for me. Then after the money is been transferred into your account, I will visit your country for an investment under your kind control. ( nie mcm sindiket mcm edar dadah mcm dlm berita je..)



You have to contact my Bank directly as the real next of kin of this deceased account with next of kin application form. You have to send me those your information below to enable me use it and get you next of kin application form from bank, so that you will contact Bank for the transfer of this money into your account.



Your Full Name....................


Your Home Address.................


Your Age..........................


Your Handset Number...............


Your Occupation...................


I am waiting for your urgent respond to enable us proceed further (konon2 nak transfer cepatlah ya)


for the transfer.


Yours faithfully,

Mr Mohammed Hassan




dipengaruhi oleh syaitan......


Nie lah email yang menyemak email fia, diorang nie datang dengan mcm2 email dan cerita..fia dah bace banyak cerita ,kadang rase nak reply je dan nak marahkan diorang.....tapi pikir-pikir  tak guna jugak marah org macam nie....

Tapi ape penyelesaian pada hal mcm nie....


Kawan-kawan ade dapat gak ke email mcm nie...????????



Friday, February 18, 2011

Kehebatan Syurga....




Salam jumaat kawan-kawan ku sekalian...
Time nie mesti semua sedang bekerja kan..
pekerjaan juga satu ibadah...
Bekerja lah dengan seronok dan ikhlas



Di pagi yang indah Nie..
fia nak kongsikan ilmu sikit tentang
Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran
yang fia baru bace pagi ini di laman sesawang
 iluvislam


tq pakcik google


Dalam petikan tersebut menceritakan sungguh Agung dan Indah Syurga
Apa yang kita tidak dpt bayangkan semuanya ade di sana..Allahhuakbar


Fia pernah mendengar dari seorang ustaz.
Sekiranya pasangan kita meninggalkan kita kerana takdir ilahi memanggilnya dahulu
Kita masih boleh bersama dengan suami kita disyurga...Insyallah
Selagi semasa hayat kita, kita tidak berkahwin baru kerana sekiranya berkahwin baru..
hubungan suami isteri dengan Arwah terputus,



INGIN TAHU KEHEBATAN SYURGA..MARI KITA MEMBACE BERSAMA-BERSAMA




Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.




 Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT :




"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)





"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)



"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)



 "Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)


"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)



 "Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)



"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)


pakcik google bagi free


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)


"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)



 "Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)


 
 "Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)


 
 "Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)


 
 "(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)



"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)




Doa Di anugerahkan Syurga



Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.



 AMIN AMIN YA RABHI ALAMIN.....



Thursday, February 17, 2011

My Second Blog ....

Assalamualaikum ,

Diharap semua sihat ya, rasenya tidak terlambat untuk fia ucapkan selamat menyambut Hari Maulidur Rasul, Hari Keputeraan Nabi yang tercinta. Kat Putrajaya sambutan disambut dengan besar-besaran..fia kena bangun seawal 4.00 pagi untuk siapkan en. suami untuk berarak .



Office en. suami joint sekali..diorang kena ade di pejabat dlm pukul 5.30...awal kan..fia mase tu ting tong lagi tapi layan kan je lah.. yang best to..sape yang joint berarak dapat baju melayu , sampin, butang baju, dan songkok...semuanya free
..wOw banyak syoklah....
Jelous I Tau...


 
Ok about my entry nie, mesti kawan-kawan tertanya blog baru ??? Blog sekarang pun malas update buka Blog baru, Ape Kes...Tak kisah lah apa-apa pun pertanyaan difikiran kawan ku...



 
Al Kisahnya..lepas kawin fia banyak barang kawin yang dibeli sendiri..biasalah bila nak kawin semua nak y sendiri kan....so lepas kawin nak buat ape lagi kan..Adik fia yang only one..lambat lagi nak kawin..simpan pun tak guna...so tercetus lah idea untuk buat sewaan kepada sesiapa yang berminat.


 
Inilah second blog fia......




 


 




Barang yang fia sewakan semuanya digunakan masa wedding ..ini antara barang yang fia sewakan :
 


 


 




Sudi-sudilah jalan-jalan kat blog baru fia ya....




 

Thursday, February 10, 2011

Hingga Hujung Nyawa***********Berbloger

Selamat Petang......

Apa khabar semua kawan-kawan alam maya ku....hope semua sihat...fia nak bercerita sikit nie..semasa fia jejalan kat blog kawan-kawan... tiba-tiba terlintas persoalan dalam fikiran ku yang telah ditutupi tudung merah jambu nie...


sampai bilakah fia akan berblog ????


adakah sampai beranak -pinak atau dah bercicit dan atau

TQ gOOGLE


.........Sehingga Hujung Nyawa........


sehingga bila fia dapat bagi komitmen pada blog nie...Agak-agak ade ke orang nak bace blog kita bila time tu umur kita dah 40 tahun...Mayby kawan-kawan blogger yang seiring sezaman kut yang akan bace blog nie...



Setiap orang buat blog dengan sesuatu tujuan seperti nak cerita pasal hobby, personal life, and business..like fia buat blog sb nak sharing pasal persiapan wedding je mula-mula..



tup..tup 



lepas kawin rase nak berblog lagi walau komitmen dah kurang sikit...sb fia tgk blogger seperti Cik Xora, Mrs. Yanie, Mrs Ash dan Mrs. Faeza masih lagi berblogger dan ade yang sudah pregnent and dapat baby..masih continue cerita kisah baby and life..so fia rase ia tak kan terhenti begitu sahaja kan..teruskan usaha ya kawan..mcm pepatah mengatakan :



ShAriNG iS cARInG




APa jua tujuan kita berblog dan sehinga bila akan berblog hanya masa dan keadaan yang mengetahuinya..jadi pada kawan-kawan fia di alam maya teruskan berblog sehingga sampai satu detik yang anda sendiri tentukan.



Tuesday, January 25, 2011

Rumah I ....or...... Rumah You

Salam Semua..
Fia nie skrg tengelam timbul aje kan..
komitmen tinggi eceh kikiki ...
sebenarnya fia duk sibuk main game cityville kat fb...
seronok kawan2..
Make You One City


Entry today khas pada yang bride be Puan sb ape ?????
Sebabnya bila time cuti panjang like Raya Cina nie
mula lah perkara utama yang dibincang with hubby
Nak balik rumah sape dulu....


 google image



Fia and hubby pun termasuklah dalam isu nie...
As a women mesti nak duk berkepit dengan ibu tercinta kan
sebab dah jarang balik tak mcm mase bujang..
every month balik tau....rindu ma....


So ade ke cara nak selesaikan isu nie ????
To fia senang je kita tgk ape agenda family masing2
So if family pasangan ade agenda yang perlu kita hadirkan dulu
so kita tukar je lah turn..
Rumah U dulu Baru Rumah I...


Perkara yang selalu dipikirkan oleh pasangan kalau nak balik kampung :


1. Rumah sape yang paling dekat & rumah yang paling jauh

2. Apa agenda yang nak buat nanti..

3. Cost perjalanan pua ade tau yang duk jauh like sabah..mahu garu kepala...



Namun Apa Yang Penting
Tidak Kisah Rumah Siapa Yang Kita Balik Dulu & Kemudian
Kita Tetap Bersama Keluarga Kita
Tidak Kisah Keluarga Sendiri Atau Keluarga Mertua..
Mereka Tetap Keluarga Kita...






So Girlz hope u all happy dimana berada semasa bercuti nanti ya...

Sunday, January 16, 2011

Rabecca Nur Islam Kini Dimiliki Orang


Alhamdulilah Pn. Rabecca Nur Islam (24) telah selamat menjadi isteri kepada Nor Azam Sulaiman, (43 )majlis nikah yang berlangsung di kediaman mereka di Ukay Perdana, kira-kira pukul 9.40 malam, jumaat yang lalu...dengan persalinan rona putih nampak sangat sweet and lovely...Fia bukanlah follower dia tapi fia respect gak lah sebab di usia muda dan kerjaya sedang meningkat dia mengambil keputusan untuk berkahwin...Tidak pandang pada umur Rabecca memilih suami dia kerana mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya....







Dengan hantaran 13 dulang hantaran bagi pihak lelaki dan 15 dulang dibalas oleh pihak perempuan. Rebecca dan suami juga sempat bertunang setengah jam sebelum majlis pernikahan. Ramai pengantin sekarang suka memilih untuk bertunang dalam beberapa jam dan terus bernikah. Mungkin cara ini lebih cepat dan mudah tidak perlu buat dua kenduri...Wang hantaran dirahsiakan...hum agak-agak berapa ya...Rabecca dan suaminya akan berbulan madu pada 14 Februari nanti, pasangan ini akan berbulan madu di Paris dan London. Tempat yang romantik sekali ..sukenya...wing..wing...




Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Sabtu untuk rakan-rakan dan pihak media di Hotel Flamingo, Ampang berkonsepkan Inggeris. Jom layan gambar-gambar semasa pernikahan beliau. Info and gambar from mstar. TQ ya...





 
cantiknya ...



semoga berbahagia sehingga akhir hayat ..amin





berdebar menanti...




cincin mereka...