Ting..Ting...

Thursday, March 18, 2010

Start Project Diet.....

2 hari lepas aku saja gatai2 beli penimbang berat badan sb rase nak diet sikit..tapi bila aku balik rumah n timbang YA Allah... beratnya aku...aku rasa  dah obesiti...tension bercampur geram pun ada...so aku pun dgn semangat nak turunkan berat badan...so 17 Mac 2010 bermula la aku punya plan kuruskan bdn..hope menjadi...


Piramid makan yang selalu aku tgk tapi tak buat..nie la akibatnya..


Ok my diet simple..i hanya makan sup sayur or ayam tanpa minyak...agak2 boleh kurus ke..aku de bace kat web http://kelabdiet.motionforum.net/, dan dia de cita apa yang perlu kita makan dan tak boleh makan dlm 2 minggu permulaan diet... jum kita baca  :

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.


Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI (sedap nie) , FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos (oh tidak...), popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal...

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

********************************************************

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi. (ye ke..suka makan)

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun...

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet...

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!


Contoh sarapan / Breakfast

1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)

2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)

3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)

4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)




Makan Tengahari / Malam

1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)

2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)

3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)

4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)

5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)



Carb = Karbohidrat

Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !

Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.

Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.

Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

InsyaAllah, aku akan cuba...chayok..chayok....

No comments: