Ting..Ting...

Friday, January 7, 2011

Tak Mau Kawan..Merajuk ??????



To all bride be puan dan bride to be...
you all pernah mengajuk dengan hubby tak...tak kisah lah mengajuk ala-ala manja or mengajuk betul...sampai muncung boleh di ikat heheheh....kut kut boleh jadi burung belatuk heheheh... Fia pun kadang-kadang ade perangai mengajuk  yang perbagai..tapi selalunya hal remeh mesti fia mengajuk gak...sensitif lak pas kawin...


Tapi kalau dalam perhubungan tidak ade perasaan mengajuk mesti tawar kan sb bila ngajuk kita mesti nak dipujuk..bila dah hubby pujuk kita pun kembali tersenyum dan ketawa sama..itulah nikmat kebahgian bila kita bersama orang tersayang..mereka tidak akan senang duduk kalau tengok orang yang mereka sayang dan cintai sedih....



agak-agak bila ngajuk tau tak muka kita mcm mana....
TQ to google...

Fia selalunya ngajuk manja-manja dan MyUcuk dah tau sangat sampai dia dah tau taktik fia heheheh..(hum kena guna taktik baru nie )... selalunya klu fia nak sesuatu atau nak pergi kemana and MyUcuk tak ade mase fia akan kata pada dia  " SAYA SEDIH" dengan nada nak mcm nangis dan mata kelip-kelip, kalau MyUcuk buat tak dengar sy pergi dekat MyUcuk ulang semula word "SAYA SEDIH"  sambil mengacau ape yang dibuat tak kisah lah time tu dia tengah tengok  tv , main game, berehat semua sy kacau (hahahahah) last-last MyUcuk akan mengalah jugak dan akan tanya "KENAPA SAYANG SAMBIL USAP RAMBUT "  time tu sy akan request ape saya nak...dan mesti dapat heheheheh...





Tapi tak semua orang merajuk dipujuk kan...Fia de jumpa beberapa info dari  Tentang Cinta  yang mengajar kita mcm mana nak pujuk orang yang tengah merajuk..sape yang nak memujuk dan merajuk pun kena bace entry nie...

Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.




1. Cemburu

Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.



2. Tidak dapat apa yang diinginkan

Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.



3. Orang lain lebih hebat dari dia

Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza -- merajuk.





Bagaimana nak pujuk?



1. Terangkan perkara sebenar

Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.



2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan

Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.




3. Ucapkan kata-kata "manis"

Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, "bucuk", "comot", "manje" dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Kelakar cari ini..tapi memang mujarap tau sy pun tak jadi nak ngajuk



4. Nyanyikan lagu buatnya

Ha...tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasih/tunang/isteri. Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk mereka? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, MyUcuk pernah , mase tu dia nak ajak dating , nyanyi lagu raya and selitkan nama panggilan manja sayadi dalam phone. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.



Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.




Thursday, January 6, 2011

4 Diari..

Salam
To All Frenz Di ALam Maya

ok tak ayat tu hahahha....kenapalah fia agak keberatan nak update blog ya..mungkin kerana kesibukan kerja dan ade beberapa perkara berlaku...3 days ago MyUcuk demam panaz..first time tgk dia sakit..risau sgt....but alhamdulilah skrg dah ok...and fia skrg sedang sibuk nak uruskkan satu event kat office nie yang ceritanya bermula dengan "Bintang" nak tau citanya..nt fia story mory ya..tapi now nak cita

Kisah 4 Diari...




Al Kisah Taib...(mcm cita p.ramlee)
this year fia dapat 4 diari dan 4 calender..wow banyaknya..ape nak dibuat..fia bukan seorang yang suka menulis diari everything in my handphone so, kalau hp fia hilang alamaknya meraung air mata darah lah..hehehe..Diari nie fia dapat dari MyUcuk, My Office, My Client dan fia beli sendiri satu.....



4 dIARi




calender yang fia pilih...



First step fia susun atas meja..pilih yang mana cantik dan sesuai untuk dijadikan diari office for meeting Kelab...Yang kedua fia pilih untuk catat anything about my job..yang ketiga mengenai tugas lain..dan yang terakhir......alamak besarnya buku nie..tapi nice..masih belum tahu nak guna untuk ape..simpan je dulu....Calender pun same fia ambik 2 yang lebih bagi pada anak buah..biar diorang main tanda bila tarikh gaji hehehehe...


 



 
Fia ade search at google maksud diari adalah :

Diari ialah rekod catatan harian tentang perkara yang berlaku atau yang akan dilakukan, lazimnya di dalam buku dan disusun mengikut tarikh. Diari mengandungi pengalaman atau pemerhatian peribadi seseorang.Selalunya masa sekolah dulu diari yang famous adalah diari yang boleh kunci tu..ramai lak anak-anak gadis sekolah menggunakannya..fia beli gak tau tapi kan..takde maknenya...klu tulis pun 2..3 helai dah tak nak tulis. tapi apa-apa pun penggunaan diari nie terpulang pada seseorang dan  menggunakan dengan cara macam mana..Nak tanya sikit ape yang selalu korang tulis dalam diari ya...






Thursday, December 30, 2010

We are Champion....

Klu u aLL tgk tajuk post mesti dah tau entry ape fia nak cita kan....
Alhamdulilah semalam skuad bola sepak negara telah berjaya menjadi
 JUARA PIALA SUZUKI AFF
dengan Agreget  4 - 2... di Stadium Gelora Bung Karno wah bangga tu..walau fia bukan lah minat bola sangat..tapi oleh kerana 1st time kita masuk final kan...semangat lebih sikit...hehehe




Fia tgk pun sb MyUcuk yang ajak tgk..hum layan lah..tibe-tibe time nak dekat goal fia lak yang excited sambil bertempik "MyUcuk pulak yang pelik tgk fia over kikikiki". Tapi fia tabik Spring la toing..toing... sb memmang tere skuad kita main tau..aksi mereka mmg tangkas dan cantik sangat pergerakan. Kini kita bergelar
 ‘Raja Asia Tenggara’
kiranya kita pecah rekodlah sepanjang 14 tahun kejohanan ini diadakan.... 


Tapi sebelum pertandingan mcm2 cerita fia dengar pasal peminat fanatik skuad Indonesia, ade yang pakai baju pancaran leser lah..konon nak bagi skuad Malaysia tergangu..tak dok makne nya...awek kat Malaysia lagi cantik dan Original lagi tau...Ade pulak cita mase skuad kita berlatih kena ganggu , itu belum lagi yang main siko ape ingat buah koko kekeke


Ish..ish.. mase diorg datang Malaysia..aman je kan..mana ade kita kacau....Mayby mereka rase tergugat kut. Yang paling best fia dengar pemain kita kena naik kereta yang ala-ala perisai..adoi mcm dlm peperangan lah pulak...Apa-apa pun fia memang bangga dengan mereka lagi-lagi dengan Khairul Fahmi Che Mat yang amat tangkas menahan serangan gol. Oh untuk pengetahuan semua Buah Hati Khairul Fahmi nie ade blog tau...sweet blog dia jom jenguk...http://jejariruncing.blogspot.com/.Jom kita layan pic di bawah :








Julia Parez yang dikatakan nak pakaian dalam
 sebagai leser...Publisiti murahan....



Barisan Harimau Malaya










Memang tere didik pemain bola kita....
fia suka gak rajagopal nie sebab dia COOL.... 


Wednesday, December 29, 2010

TQ Tag

Selamat Pagi Semua....


Dah sarapan ?????, fia breakfest dengan MyUcuk hari nie kat taman warisan makan nasi lemak ayam..mmg sedap tau..panaz..panaz dari kuali ..,,susah nak makan pagi dgn MyUcuk sb selalu sibuk je pagi...fia mmg tak masak pagi just buat air je..fia  masak petang lepas balik kerja...kdg-kdg rase penat sb balik kerja cabut tudung...terus sibuk ke dapur..tapi bIla husband kita makan rase mcm WAH..WAH..WAH..air tangan isteri lain tau...Ok berbalik tajuk post hari nie...


aBOUT tAG


Mula-mula fia nak buat sendiri tau..rajin lah mencari design itu ini...last-last order jugak sb mase tak cukup dan time nak dekat wedding fia sibuk dengan KIK. Mulalah tercari - cari person yang boleh order...aktiviti mengodek blog bermula dalam beberapa jam je fia dah jumpa person yang boleh selesai kan masalah hehehehe .....

Nama dia kak durra nie blog dia http://artchetak.blogspot.com/. First fia email  and sambung dengan YM  pulak..she very kind tau..fia kate lah design fia nak takde dlm blog dia, and dia kate boleh buat mcm fia nak..so fia bagi view and cOntoh dlm beberapa jam dia dah bagi contoh tag ..and fia banyak jugak ubah2 tau tapi kak durra rajin sangat menukar-nukar design sampai fia suka....


Tag yang fia pilih ikut tema wedding purple + grey....and ade kerawang-kerawang sikit..mcm yang kat bawah nie...
cOMELKAn... Fia Suke..
(pink tue kena ade, warna fia suke heheh)


After agree dengan design fia pun buat payment terus , fia order 1000 pcs  sebab gift pun 1000 kan...Kak durra dia buat dengan cepat dan yang paling Awesome ialah kak durra hantar by hand kat office fia sb takut tak sempat fia dapat coz fia dah nak bercuti kawin mase tu...


Tq so much kak durra ..lain kali klu ade event lagi fia akan order ya...to all bride yang tercari2 tag tq boleh lah jenguk kat blog dia ya..(INI BUKAN IKLAN BERBAYAR YE !!!!) ikhlas dari hati fia untuk sharing to u all...


fia letak tag tq kat gift nie and paper bag sb dapat lebih...



Tuesday, December 28, 2010

My Wedding Gift

hye dear all...

pe khabar hope semua sihat ya....semua dah mamam....yang bakal ibu kena jaga kesihatan tau..(iklan kesihatan jap hehehe) before weddding day fia pening nak bagi ape pada tetamu yang hadir..bila tanya org lain mula lah mcm2 idea dan barang yang suruh bagi...terus fia rase pening and nak demam


Selepas beberapa kali berjalan ke N3 fia dah pun jumpa barang yang menawan hati dan yang penting save kan...fia buat 2 kategori gift :

1.  VVIP GIFT
 for family, keluarga pihak lelaki, saudara-mara & best frendz

2.  TETAMU
untuk tetamu ,sahabat handai, and orang kampung


Sebenarnya ape kita bagi tak kisah sb ia bukan wajib tapi klu ikut trend skrg kita jadi terikut - ikut....last - last  selepas diberi ceramah percuma oleh MyUcuk baru fia cool (biasalah perempuan kan selalu gelabah) tapi jika ade kemampuan ia tidak salah asal tidak membazir...


nie lah paper beg fia untuk kawan-kawan yang special dah habis tak sempat snap tapi colour
 dia, like picture bawah nie.cuma beza bentuk sahaja (hitam & silver)




 Untuk kawan2 fia bagi paper bag yang berisi bunjut telor datang dari kelantan lagi hehehe..(nie makcik fia yang uruskan) kerepek pisang ( sponser by cousin tq kak yani) and gula-gula .bila masuk semua barang ..penuh sampai kena stepler lak...


 bunjut telor colour hijau putih




bunjut telor colour hitam putih

fia sangat suka bunjut nie sebab ia baru keluar design nie..terus borong mase hari raya hari tu...fia suke bagi barang yang boleh digunakan..selepes wedding nampak kak ipar guna untuk isi kerongsang dia...suke sb tau gift kita bagi org tak buang dan masih simpan...


Untuk gift special VVIP barang yang fia bagi semua sama seperi bunjut telor, kerepek pisang, gula - gula cuma PLUS cawan yang  fia letakkan stiker nama fia dan MyUcuk sebagai kenangan. Untuk bakal-bakal bride fia nasihat kan buat lebih sikit gift VVIP nie sebab yang nie lah org duk ramai yang nak..dan kita tak kan tak nak bagi kan...


Alhamdulilah fia sangat berpuas hati dgn gift-gift yang fia beri pada tetamu dan kawan..
fia buat gift purple lebih dalam 100 sebab nak bagi pada kawan-kawan office yang tak dapat hadir...
sb ade sesetengah nak datang tapi jauhkan dan ade yang kirim hadiah
so rase tak best lak klu tak bagi gift kat diorang...


Tuesday, December 21, 2010

Majlis Pernikahan (Part 1)

Salam semua,

Fia nak story tentang hari bersejarah fia..iaitu hari dimana fia akan melalui satu kehidupan yang baru ia mungkin sesuatu keadaan yang sama tapi sebenarnya berbeza (klu tak paham buat2 paham je lah ya).. Maksudnya tanggungjawab fia bertambah 1 lagi... iaitu status sebagai isteri..berat sebenarnya tanggungjawab tu sb kita kini membawa nama keluarga dan nama suami..setiap tingkah laku kita akan diperhatikan dan kita kena menjaga maruah suami......seperti firman Allah S.W.T :

Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah SWT dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama,dengan pemeliharaan Allah SWT dan pertolongan-Nya… -(Surah An-Nisa’ 4:34)


ni mase selepas akad nikah....


Cukuplah mukadimah fia tu ya..heheheheh...

Majlis pernikahan fia pada 01 Oktober 2010 iaitu hari jumaat...majlis bermula selepas asar dalam ...tapi dari pagi dah ramai orang datang..biasalah ade yang datang menolong ape yang tak siap lagi..fia pun turut membantu ...walau ade yang suruh duk diam tapi tak boleh lah..mayby nie mmg perasaan org nak kawin kut..duk bedebar dan rase ade je yang tak kena...lagipun fia de sorang je adik perempuan so kesian lak kat dia..dah macam hemster lincahnya...hihihi (nanti adik kawin fia lak belari-lari hehehe)


Pukul 3.00  fia dh start make-up oleh makandam...mujurlah tak ambik mase yang lama nak make-up coz time nikah tak kan nak over kan lagi pun fia dah cakap kat mak andam fia nak nampak sweet je....Fia memakai persalinan baju kurung moden warna krim yang fia reka sendiri hasil dari mengadap buku pengantin selama 9 bulan kikiki..memang sangat puas hati...


Pukul 4.00 tetamu dah ramai datang, kawan2 pun asyik nak bergambar..tapi tu perkara biasalah kan...
 Jam pukul 4.30 fia dah tak keruan berdebar ayayai....biasalah kan feel nie... tapi fia bace
surah-surah Al-Quran supaya kita tenang dan tidak lalai...
Yang dinanti telah tiba... dengan sekali lafaz fia sah menjadi isteri kepada MyUcuk @ Syaifurrohman Bin Irwan..sebelum tu adik fia dah pesan jangan nangis tau..tapi


tiba-tiba !!!!


 time nak batalkan wuduk fia datang rase sebak sangat..terus pandang mama disisi pandang orang disekeliling sangat terharu and sedih..Adik dah gabra..terus usap belakang fia suruh cool.. Mana tak sedihnya, kita dah jadi milik org lain dan akan bersama suami melayari bahtera bersama..
MyUcuk pun terkejut dia kelip-kelip mata


Tengok  fia mengalirkan air mata..tapi dia faham...selepas selasai majlis akad nikah...kedua-dua belah keluarga menjamu selera..fia pilih menu Nasi Ayam sb ia mudah dan sedap..ramai yang memuji dan tak segan nak menambah..gembira fia tgk..kini fia dah de keluarga baru..iaitu keluarga Mertua...jeng..jeng....saje wat suspen..alhamdulilah fia dah kenal dengan keluarga MyUcuk so perasaan segan dan takut berkurang lah sikit sb kita dah mengenali mereka dgn rapat....


Itu saje story time nikah nanti akan bersambung lagi ya.....

Thursday, December 16, 2010

Disini Ku Kembali....

Assalamaualaikum semua...


Che wah ...tajuk post tak menahan..penuh puitis hehehe....
Alhamdulilah segala yang dirancang dan diimpikan telah selesai..

Ku bersyukur kepada Allah kerana rahmat-MU..



 Pejam celik dah 2 bulan saya berkahwin dengan My Ucuk...Rase mcm sekejap je..pelbagai perkara baru yang sy jumpa tau..mula2 terkejut jugak dengan suasana baru ye lah selalunya kita seorang sekarang dah berdua...tapi kemanisan perkahwinan yang menyerikan lagi alam rumahtangga kami....




Banyak fia nak share pada u all semua ...ape yang fia lakukan untuk dunia baru ini...Insyallah fia akan update lagi..and to all pengantin yang seiringan melangsungkan perkahwinan fia ucapkan tahniah ya...semoga u all bahagia sehingga akhir hayat...sekarang baru nak mengodek2 blog kawan2 yang lain...fuh mesti dah banyak post mereka..kena membace dengan penuh khusyuk nie hehehehe....Insyallah fia akan upload pic lepas dapat copy dari fotographer ya...