Ting..Ting...

Wednesday, June 2, 2010

Aku Nikahkan Di Kau Dengan.....

Apa yang anda rase bila dengar perkataan ini "AKU NIKAH KAN DI KAU" pasti semua akan  rase gementar, gugup, dan cemas  menyelubungi. Walaupun kita as pengantin perempuan y hanya duduk di belakang pengantin lelaki perasaan  sayu n sedih mesti ada kerana kita akan melalui hidup y baru dan kita tidak boleh berperangai budak2 lagi...nie pengalaman semasa melihat sepupu sy y baru berkahwin terpancar diwajahnya yang sedih n pilu....Ya lah sedih sb akan berjauhan dengan keluarga..komitmen kita lebih tinggi .... Adakah sy akan merase begitu juga..kuatkan emosi ku nanti..alamak emo lah pulak heheheh...


Akad nikah jugak adalah saat  paling indah kerana orang yang kita cintai telah menjadi milik kita yang sah dan kita akan rasa sangat bersyukur dan gembira . Selalunya selepas akad nikah kita akan membatal kan wuduk dengan pasangan kita .....saya de terbaca artikel dalam jakim bahawa pemberian seperti cincin or gelang tidak menjadi kemestian dan wajib di dalam hukum. Ia hanya dianggap pemberian ikhlas dari kedua-dua belah pihak.. siapa yang memberi nya pun tidak ditentukan..

 
Tetapi mas kawin adalah wajib diberi kepada pengantin perempuan ini kerana ia menunjukkan  kesungguhan suami terhadap isteri. Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri. Saya sempat mencari perkara perlu kita lakukan semasa nak diijab kabul kan..semoga ia jadi panduan bersama....

Sebelum Akad Nikah


1. Pastikan pengapit atau teman rapat duduk di sebelah

Pastikan pengapit atau teman rapat  duduk di sebelah agar dapat membantu anda menyelesaikan perkara-perkara remeh seperti mengelapkan peluh, mengemaskan layah yang panjang berjela semasa anda duduk dan bangun. Rakan yang ada juga pastinya dapat membantu mengurangkan rasa cemas ataupun gugup. Yang penting, rakan dapat membantu mengurangkan rasa malu anda ketika berhadapan dengan keluarga pihak lelaki.

so sweet majlis akad nikah nana era



2. Sediakan IC / kad pengenalan

Tip yang berikutnya sediakan kad pengenalan asal sebelum majlis akad nikah berlangsung kerana jurunikah atau pembantunya pasti akan melihat kad pengenalan kedua-dua mempelai. Ini bertujuan untuk mengelak sebarang kekalutan berlaku semasa majlis nanti.



3. Duit upah

Sebagai peringatan kepada pengantin lelaki, jangan lupa sediakan duit upah untuk tok kadi dan saksi sebelum majlis pernikahan berlangsung.



4. Senyum Agar Lebih Tenang

Pastinya anda akan rasa berdebar, tetapi jangan lupa lemparkan sedikit senyuman pada orang di sekeliling agar keadaan tidak tegang. Selain itu jika anda duduk dalam keadaan bersimpuh bagi pengantin perempuan, betulkan sedikit kedudukkan anda agar tidak berlaku kekejangan. Begitu juga dengan pengantin lelaki. Pastikan anda duduk bersila dengan selesa dan menghadap tok kadi ataupun jurunikah.



Semasa akad nikah





1. Khutbah nikah

Khutbah nikah terpulang kepada juru nikah atau tok kadi yang menikahkan anda ada yang dibuat sebelum akad nikah, ada juga selepas. Semasa khutbah nikah dibacakan mempelai akan duduk berdekatan dan disaksikan para saksi dan juga ahli keluarga yang hadir. Tujuan khutbah ini dibaca agar kedua-dua bakal pengantin faham tentang erti kehidupan berumahtangga dan sudah menjadi salah satu syarat semasa majlis akad nikah berlangsung.



2. Bacaan taklik

Ramai pasangan akan berasa gentar apabila tok kadi meminta mereka membaca taklik. Usahlah terlalu cemas kerana bacaan taklik hanyalah lafaz yang berbentuk ikrar antara pasangan suami isteri.



3. Keluarga Sakinah/ Penyerahan Tanggungjawab

Ini antara saat yang paling syahdu. Bagi orang Johor atau Kedah perkara ini sudah menjadi kebiasaan. Ia umpama proses penyerahan tanggungjawab dan hak jagaan oleh keluarga pengantin perempuan kepada pengantin lelaki. Saat ini suami akan meletakkan tangan pada ubun-ubun isteri sambil membuat aku janji yang akan menjaga isterinya dengan sebaik mungkin dan isteri pula akan membuat aku janji kepada wali atau ibu, agar menghalalkan susu yang diminumnya dan mengucapkan terima kasih kerana membesarkan dan mengahwininya dengan jejaka pilihan hati.



Selepas Akad Nikah



1. Penyerahan Mas Kahwin Dan Wang Hantaran


Keadaan semasa menyerahkan mas kawin dan juga wang hantaran kadangkala mengikut adat dan lokasi pernikahan berlangsung. Contohnya ada negeri-negeri yang mahukan mempelai lelaki mengucapkan kata-kata seperti, “aku serahkah wang mas kahwin untuk isteriku dengan hati yang ikhlas dan aku halalkan wang hantaran yang aku hadiahkan kepadamu.” Ada juga tempat ataupun negeri yang tidak memerlukan lafaz seperti itu.



2. Pembatalan Air Sembahyang.

Keadaan berubah mengikut peredaran masa dan juga zaman. Dalam upacara ini pasangan pengantin biasanya akan memilih cincin, rantai, dan gelang sebagai simbolik acara pembatalan air sembahyang. Ia bertujuan membuktikan pasangan telah pun diijab kabul dan telah bergelar pasangan suami isteri yang sah.



Tip: Jika anda memilih barang kemas sebagai pembatalan air sembanhyang lebih baik berlatih dahulu memakaikannya pada ibu atau saudara perempuan.



3. Bersalaman & Mencium Tangan Suami


Saat ini adalah saat yang dinanti-nantikan. Lebih afdal saat ini anda memegang erat tangan insan yang telah pun begelar suami dan tunduk bersalaman dengannya sekali gus mencium tangannya dengan penuh kasih dan sayang. Ucapkanlah “terima kasih sayang kerana menjadikan saya permaisuri hidupmu...” Bisikkan kata-kata manis yang membuatkan si dia berasa bertuah memiliki dirimu.



4. Cium Dahi Isteri

Selalunya kaum keluarga dan jurufoto yang meminta anda mengucup dahi isteri selepas si isteri tunduk bersalaman dengan si suami. Tetapi jangan lupa bahawa ia merupakan sunnah Rasullullah iaitu mengucup dahi isteri dengan penuh rasa cinta agar kehidupan berumahtangga akan berkekalan hingga ke hujung nyawa. Kucupan ini tidak semestinya anda lakukan di hadapan khalayak.



Tip: Jika anda ingin mengucup dahi isteri di hadapan para tamu dan mahukan ia diabadikan dalam foto, terdapat beberapa tip yang anda boleh gunakan. Sebelah tangan anda memegang bahu isteri dan sebelah lagi memegang dagu isteri. Selepas itu, angkatkan sedikit muka si dia supaya mendongak tepat ke mata anda dan anda tunduk perlahan-lahan agar dapat mengucup tepat pada dahinya. Berikan kucupan dengan penuh ikhlas agar bunga-bunga cinta dapat anda rasai.



5. Bersalaman Dengan Ahli Keluarga

Akhir sekali dalam hati berbunga riang dan gembira setelah diijab kabul jangan pula dilupa kaum keluarga kedua-dua belah pihak.Terpulang kepada pengantin mahu bersalaman dengan keluarga pihak lelaki atau pihak perempuan terlebih dahulu. Tetapi pastikan anda mulakan dengan wali, ibu bapa sebelah perempuan atau ibu bapa sebelah lelaki. Tidak kira berapa jauh tempat duduk anda dengan ibu bapa, tetapi anda mesti bersalaman dengan mereka terlebih dahulu.



Tip: Salam dan cium tangan kedua-dua mentua dan luahkan rasa syukur serta ucapan terima kasih kerana merestui hubungan anda dan menerima anda seadanya sebagai ahli baru dalam keluarga mereka.



6. Solat Lepas Nikah

Seelok-eloknya selepas selesainya akad nikah dilangsungkan, tunaikan solat sunat sebagai tanda syukur kepada Allah kerana majlis ijab kabul berlangsung dengan lancar.


Mcm mana info yang sangat berguna kan...insyallah saya pun akan cuba mengingati panduan ini....

4 comments:

kay kamal said...

tq so so much...mcm guideline ntuk kurangkan rasa gemuruh n kabut dlm hati ni since im the 1st to be married in our family..n him too..tq sgt2

Cik Puan Fia said...

same2 kay..utk guide kita bersama..before nie sy de gak catat cikit2 ape y perlu kita buat masa akad nikah..coz time tu sure kita akan ble n mayby ade je y lupa..y penting pengapit kita msti alert, coz tu guna dioarg di sisi kita kan...

akalili said...

blom cium tgn suami,dh rase prasaan tu..rase nk menitik je air mata ni ble bce artikel ni..haha..tetibe emo lak..neway,sgt bergune utk bakal2 pngntin...:-)

Cik Puan Fia said...

akalili : salam pe khabar ..mmg walau kita tak laluinya lagi tapi bila tgk org lain y melaluinya kita pun leh jadi emo..huhuhu