Ting..Ting...

Wednesday, September 1, 2010

Berinai Haram @ Harus

Fia rase entry nie mesti famous bagi B2B coz banyak sangat mazhab tentang pemakaian inai bagi wanita muslim...Ada yang kata haram ..ada yang kata harus..fia pun tak terkecuali keliru tentang perkara inai..sebab masa kecik fia and adik suka jugak pakai inai tapi adik lagi suka siap lukis2 bunga pada kaki and tangan klu dia keboringan .....masa tu kami rase ia perkara biasa berinai sb inai nie subjektif penggunaannya..


Oleh kerana takut berinai menjadi dosa apabila kita memakainya, saya pun mencari info di laman sesawang-sesawang yang ada di web dan ini hasilnya..mari kita bace bersama...




• Hukum memakai inai bagi wanita


Diriwayatkan dari Aishah RA. Bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: “Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (hadith riwayat abu dawud)


 
Jadi, inai adalah sejenis pewarna yang boleh di pakai oleh wanita pada bila-bila masa. Dan Baginda Rasulullah SAW menyatakan bahawa pemakaian inai adalah untuk membezakan tangan seorang lelaki dengan wanita. Tapi saya ada terbaca, diharamkan memakai inai bagi wanita dalam idah yang kematian suami (tak pernah tahu sebelum ni).



• Hukum memakai inai bagi pengantin lelaki

Diharuskan. Sebab ia merupakan sebahagian daripada adat perkahwinan Melayu yang tidak bertentangan dengan hukum Syara’

Namun,

terdapat riwayat menyatakan :

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dgn henna (inai) dibawa ke hadapan rasulullah. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: “Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita.” Lalu lelaki itu dihalau dari al-baqi’ (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.a.w: “Kenapa dia tidak dibunuh?” Lalu baginda S.A.W bersabda: “Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang.” (Diriwayatkan oleh ABu Dawud, Sahih Al-Jaami’, 2502)




***Hukum memakai melukis inai pada kulit kaki dan tangan bagi pengantin***

Ada banyak pendapat.

Pernah JAKIM menyatakan bahawa hukumnya HARAM dan dilaknat Allah. Alasan : Ia menyerupai tatu dan ada ketikanya, dibuat oleh pengantin bagi tujuan bermegah-megah.

Ada berpendapat, ia diharuskan selagi tidak menyerupai corak hidupan.

Mazhab Hanbali

berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan utk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala samada kepada lelaki ataupun perempuan.



Mazhab syafie

pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada mana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya. Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal2 perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.

Imam An-nawawi Rh dalam fatwa al-majmu’

berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.


Mazhab Hanafi dan Maliki

lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.

Ini diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya bahawa Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah, “Jangan memakai sebarang wangian ketika kamu berada dlm ihram. Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian.” (Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma?rifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam At-tamheed)






Latest info yang saya dapat dari lawan web jakim mengenai :

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:


1.Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

 
2.Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

3.Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.


So selepas membaca info diatas ape pendapat kawan2 semua..
sy nie diawangan dah nie..nak lukis ke tak kat tangan
sebabnya dijari mmg saya pakai yang tu saya yakin
cuma yang nak lukis bunga nie sedikit keliru
.????

5 comments:

Aty Fared said...

nice info....memang i pon masih terpikir2 pasal ni lagi..takut jatuh haram lak biler ragu2 kan.. so..thanks fia...!! :)

Mysarah Rahman said...

i pown keliru la u. tapi i memang tak kan lukis2, so malas nak pk. hehe. u ty pendapat org tua la dear. maybe dorg ada pendapat dorg tersendiri

Cik Puan Fia said...

@ty : samalah kita...fia pun dah ting tong nk buat ke tak..plan nak ukir bunga kat jari manis je...

mysarah : my mum n En.Tunang kata tak payah ukir huhuhu

Anonymous said...

wahh...bagusla info ney lepas ni kiter dh tak ragu2 lagila nak pakai inai..dulu saya ingat pakai inai yang berukir2 tu haram..tapi fatwa kata boleh asalkan tidak menyerupai binatang atau unsur2 dewa dan sebgainya..tq..;p

Cik Puan Fia said...

same2 dear jihan...